"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Tuesday, December 15, 2009

Bacalah - Pasti Tersentap Jiwa

Buat Renungan Untuk Diriku agar senantiasa merenung dan Menginsafi diri ......Dapat email nie dari sahabat tercinta..........dan bagus juga article ni bila di kongsi bersama...

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia......


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan k ain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih.... .


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!


Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!


Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!


Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....


Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!


Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!


Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!


Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!


Pada hari itu tiada berguna..
Harta, tahta dan putera.....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga.....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan'

15 comments:

Ibu Aqil-Aqilah said...

Salam.. thanks..pesanan yg sgt menyentap jiwa... terasa diri masih belum cukup sempurna menjadi hambanya yg sentiasa taat dgn segala 'suruhanNya' semoga this entry dpt memberi keinsafan pada kita yg kdg2 terleka dgn keindahan dunia.. sehingga kdg kita terlupa untuk mencari bekalan ke'sana'... wallahhualam...

LoVEaQshA said...

Insaf jadinya..!~

Semakin takut lau taubat lom sempurna tetiba mati,pasti dlm ketakutan saje..!~

Tankz kak sb sama2 berkongsi sume nie..!~!

illa said...

mmg tersentap...thanks sb kongsi pesanan nie...

SyaNa said...

sungguh berkesan bile baca
kalo sape tak terkesan mmg hati batu kan

eh aku nk mintak izin copy paste letak kt blog bleh??

fazilzura said...

mak aii .. aku baca sekali imbas pun dh rs gigil lutut ku ..

alyyani said...

kalau time ni tak semayang lagi, mesti terus amik wudu' solat.. sama2 kita ingat mengingati. thanx gie!

el said...

aku kan sllu gak dpt email psl ni..
suke baca...tuk renungan aku..

Mummy Aqil said...

sgt mendalam maksud pesanan ini. trus daku mengkaji kembali dr sendr... tq gie...

nasazfrog... said...

thanks share renungan ni... :)

MyHasla said...

salam gie.

baik untuk renungan bersama. thank you for sharing. akak nak mintak permission to email to frens and put in my blog (to share with my groups of frens!)

TQ.

atty's said...

tq gie..entry yg bagus..saling ingat mengingati..

mummy_ayu said...

tq for reminder...ayu nak print satu copy..lekat kat dinding so..boleh baca selalu..!!tq!

CuTeMiUt78 said...

eemmm memang menginsaf kan.. thanks gie for sharing this.. ingatan utk diriku

wantie said...

thanks.. pesanan yg sungguh ngeri ku rasa.....

terasa aku ni kerdil, dan hidup penuh dosa... harap-harap Allah terima amalanku selama ini. Semoga aku tak tergolong dari orang orang yang berpaling dari mu Ya Allah....

ElyaElmo said...

sis...sgt insaff.....
thanks for sharinggg.....