"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Friday, February 4, 2011

Sisi Hidup Seorang Blogger : Tempiasnya terkena sedikit pada Blogger Picisan nie..

Mmg Jarang sangat terjah blog bakal Doctor nie...But suddenly terjah psl title di atas...mmg banyak ulasan yg dia kasi..ku minta ini dari tuan blog utk copy paste kat sini. Terima kasih yer adik Farhana.. 
 
Nie mmg 98% amik dari blog dier...Sharing is caring kan!
******************************************************
Assalamualaikum.. Hari ini nak cerita pasal blogging.. Aku yang tak pernah nak ambil port, ulas soal itu soal ini, hari ini nak cerita sedikit tentang dunia blog, tentang wang juta-juta, tentang blogger.. Barangkali itu yang sedang hangat orang perkatakan sekarang, jadi sedikit sebanyak tempiasnya, kena pada blogger picisan seperti aku ini..

Semenjak keluarnya artikel tentang Red Mummy dan pendapatannya melalui bloggging, ditambah lagi dengan wawancara di Hot FM, aku juga diterjah dengan persoalan mengenai dunia blogging ini.. Tiba-tiba, blogging buka mata semua, orang dah mula memandang blogging itu sebagai satu entiti yang agak berlainan.. Orang kenal blog kerana wang.. Zaman dahulu kala kita buat blog, kita kenal blog dulu baru kita kenal duit.. Beza kan? Tapi itu pun, duit bukanlah terletak pada puncak hirarki hidup seorang blogger.. Tapi lain blogger, lain pandangan dan lain keutamaannya..

Credit to www.savagechickens.com

Sahabat mula bertanya pendapatan aku melalui blog.. Sahabat aju pandangan, kenapa tak mula berblog secara giat dan aktif, lalu jadi seperti Redmummy.. Sahabat bagi galakan untuk jadi gah dalam dunia blog.. Hoho.. Aku blogger picisan, yang tak berapa nak cantik tapi tetap comel untuk ada pembaca setia *ayat tak boleh pergi derr*, dan isi dunia blog aku adalah isi yang biasa-biasa saja.. Aku tulis atas kehendak diri, bukan atas keperluan.. Aku tahu, jika aku mahu, aku pun boleh nak kejar trafik ribu riban juta-jutaan.. Bak kata orang Melayu dulu kala, "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak, seribulah dalihnya.." Apa pun keinginan kita, asal ianya tak salah, memang tak ada salah pun kita lakukannya.. Macam tagline Nike, Just Do It.. Ekeke..

Blogging satu kehendak, kita jadikan hobi.. Blogging satu keperluan, jadilah ia profesion.. Keduanya tak ada salah pun.. Kita buat apa kita nak buat.. Macam dalam hidup, kita pilih apa yang kita nak jadi.. Paling utama, apa yang dah kita pilih, hati kita rasa puas.. Bila kita lakukan satu-satu kerja, bila hati puas, apa yang kita buat semuanya berjalan lancar dan kita seronok.. Hasil kerja kita nanti, boleh orang nilai, samada baik atau buruk.. Jika kita lakukan dengan hati happy dan hasilnya baik, maka orang dapat melihat baik kualitinya, orang pun rasa seronoknya.. Jika buat sesuatu pun endah tak endah, hati tak suka, hasilnya dah tentu buruk, orang nampak dan dah tentu orang pun rasa tak menarik hasil kerjanya..

Samalah juga dengan hidup dalam dunia blogging.. Rasa seronok untuk berblog itu datang dari hati, entry yang terhasil kita suka baca, orang pun suka baca.. Then, things after that will comes naturally.. Kita rasa nak jana wang then it is fine, tak ada salah pun, itu dah macam bonuslah kiranya atas apa kerja yang kita lakukan dengan sepenuh hati, kerja yang kita buat kerana kita suka..

Kita kejar trafik nak dapat pembaca nak dapat wang.. Atau.. Trafik kejar kita kerana nakkan hasil tulisan kita.. Keduanya, senario yang dah tentu-tentu berbeda.. Mungkin kita sendiri boleh memikirkan apa baik apa buruknya.. Sedar tak sedar, asas mulanya kenapa kita ingin berblog itu juga jadi satu tanda aras dalam lama mana kita mampu berdiri, sejauh mana kita mampu berjalan dan gagah mana kita untuk terus bernafas dalam dunia blogging..

Asas mula berblog penting.. Perjalanan dalam dunia blog juga penting.. Apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita peroleh dalam dunia blog, ada pengaruh dalam membentuk diri kita untuk jadi seorang blogger yang bagaimana.. Betulkan saya jika saya silap..


Selamat berblogging semua.. Hidup berblogging, utama sekali, perlu happy dan rendah hati, benda yang lain akan datang sendiri, automatically orang Puteh kata.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Dan kerana blogging, aku kenal dia, dia, dan dia lagi dan dia lagi.. =)..(ini kata2 dari adik nie yg aku bebetui setuju!

^_^ Aku setuju dengan ulasan dier..blogging for me just for fun..not for $$$...So temporary ku remove Heartbeat although ada yg dh edit coding dier but in the real advertisement from HB..perkataan Valentine tue still ada..

4 comments:

Farra Dhelina said...

suka ayt dia yg ni 'Aku tulis atas kehendak diri, bukan atas keperluan..'

skrng org menulis semua kerana $$..sbb isu RM tu lah baru org bukak mata, oo dgn tulis blog blh dpt duit..

tak mcm kita dulu, ye fra pun strt2 menulis blog, sbb nak blog kan kisah hdp..& secara tak lgsg dpt byk gile kwn..dr merata tmpat lak tu..

& yg paling best, dpt kongsi mcm2 hal..

ttg hb tu, no komen heee...

Gieyana said...

Farra

Betui2..akak pon suka gak bila dia tulis camtu..so dpt motivate diri gak kan..

Mmg sokong sgt2..smpai yg bebetui addict giler ngan blogging kan..:)

betui2..dpt byk giler kengkwn kan..suka2..the bertukar2 pendapat gitu..:)

hihihi..psl hb tue atas diri sendiri kan..so x leh nk komen lebih2..but ai temporary remove..:)

FarhanaDr said...

Heehee.. Time kaseh kak untuk perkongsian yang ini.. Saje je nk berkongsi ape yang dirase.. :)

Ummi Eisya said...

suka gak dgn ulasan adik ni..dulu,aku mula kneal dunia blog ni pun sebab nak tulis tentang perkembangan anak-anak..sampai sekarang,tu juga arah penulisan ku..hihi..

yang penting' tepuk dada,tanyalah iman'..