"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Friday, March 11, 2011

Kenapa Lisa Kena Warning Dengan Penjaga Zoo?

 Mia di sini..comey kan dier!
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

 

KUALA LUMPUR, 10 MAC 2011: Selepas berjaya menambat hati di kalangan penonton kanak-kanak, syarikat produksi filem Metrowealth menerbitkan pula filem Zoo yang diterajui oleh Lisa Surihani dan Mazlan Pet-Pet sebagai pelakon utama dalam versi drama. Bagaimanapun, tempat Mazlan Pet Pet telah digantikan dengan Cat Farish, manakala Lisa Surihani pula kekal dengan watak asalnya.
Apa yang pasti, drama Zoo yang berdurasi 13 episod ini akan mula ditayangkan di Astro Ceria Saluran 611 pada 13 Mac (Ahad) bermula jam 11.30 pagi turut memperkenalkan 2 pelakon cilik iaitu Afiq Izzudin dan Hazirah Qasdina dengan watak yang baru. Lebih menarik lagi, pelakon kanak-kanak yang cukup mesra dengan watak Lisa iaitu Mia Sara turut sama berlakon dengan memegang watak Shasha.
"Astro Ceria mengambil inisiatif untuk menayangkan drama ini disebabkan sambutan yang begitu baik terhadap filem Zoo. Malah, drama ini bukan sekadar sebuah cerita tetapi turut menyelitkan unsur-unsur pendidikan demi mengajar kanak-kanak tentang ilmu haiwan. Lagi pun, kanak-kanak suka ambil tahu tentang haiwan.
"Sungguhpun orang melihat Cat dan Lisa sebagai teraju utama, tetapi yang sebenarnya penggerak drama ini bukanlah kepada mereka saja tetapi lebih kepada Mia, Afiq dan Hazirah," kata pengurus saluran Astro Ceria, Evon Koh.
Menjelaskan sebab mengapa dia menerima tawaran berlakon dalam drama ini, Cat Farish mengakui dia adalah seorang bapa yang suka kepada haiwan dan memelihara 11 jenis haiwan di rumahnya.
"Saya berlakon kerana anak saya sangat sukakan haiwan. Saya nak sangat lihat keseronokan anak saya bila dia menonton drama ini di Astro Ceria. Selain itu, saya juga seorang pencinta haiwan. Kalau tak percaya di rumah saya saja ada pelbagai jenis haiwan seperti ayam hutan, arnab, iguana, kucing, memerang dan macam-macam lagi," ujar Cat.
Menyokong apa yang dijelaskan Cat, Lisa akui dia sangat seronok berlakon bersama pelbagai haiwan di Zoo walaupun menghadapi pelbagai cabaran sehingga boleh mencederakan diri sendiri.
"Ada banyak bezanya berlakon dalam drama dan filem Zoo. Bagi saya, berlakon dalam filem lebih mencabar lagi berbanding drama. Cabarannya berlakon dalam filem lebih terletak pada sudut teknikalnya. Bagi drama pula, ianya lebih kepada masa terutama di dalam Zoo Negara.
"Atas sebab itu, saya perlu sesuaikan diri dengan faktor yang ada disekeliling yang mana, ia memerlukan saya berinteraksi dengan haiwan.Malah, sebelum saya mula berlakon dalam drama ini lagi, saya telah diberi amaran oleh pekerja di sana.
"Pekerja berkenaan telah memberikan warning kepada saya agar selalulah datang ke Zoo Negara untuk membiasakan diri dengan angin di sini. Jadi, selalu jugalah saya datang ke sana, Kerana nasihat ini jugalah, sepanjang penggambaran drama Zoo, saya dapat kawal dan membiasakan diri dengan segala macam bau haiwandi dalam Zoo Negara ini," jelas Lisa.

Credit to> SINI
---------------------------------------------------
Gieyana's quote : Ingatkan warning apa kan! wat suspend jer!hihihi
                           Lama x gi Zoo nie..last pegi tahun bila entah!

10 comments:

azrina said...

huhuhu...kalu nak mai Zoo tu singgah la umah aku sekali.

eT said...

tu la pasal..saspen jek...muahaha

Yati Lee said...

kn akak dh g tahun lepas..hehe..tahun ni g r lg..hehe

mummy_ayu said...

suspen..ingat kena warning marah..rupanya lain...

J@J@ / Bini The Rock said...

iye lah!! wat saspen je la wartawan ni pon klu nak tulis tajuk sebenar...
tak agak agak...

eh! aku pon mmg dah lama tak ke zoo...nak pegi lah jugak rasanya nih. hehe!! jom!!

mamalieyna said...

hehe...tajuk cam serius je warning..hehe..bau tak tahan tu..hee..

atty's said...

owh alkisahnya ..ingat kena warning pasal apa le..pakai seksi ke g zoo..hahaahahaha..

Ummi Eisya said...

aku pun cepat2 baca..ingatkan ape..agak2 eisya ni pun dah leh berlakon cite zoo sebab dah 3 kali g zoo yang sama..waaaaaa..busukkkkk

ieda said...

waa sure sedap cite nie kan dik .. nanti nak tgk lah .. budak tuu sweet kan cumei tul :)

wantie said...

alau bau kat zoo ni jgn kata ler. tapi aku memang tak leh tahan ngan bau kroh.. kroh., tu, memang geli.

nak tengok pun aku nak muntah dah.