"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Saturday, April 16, 2011

Kak Ida, pergimu takkan kembali..Alfatihah...

Sangat rindukan dia kebelakangan nie...suarakan rasa hati kt Mr Hubby......tak terlintas pon nk buka fb Kak Ida..Tetiba semalam Jumaat, 15/4/2011, jam 4.30ptg, terlintas nk buka fb Kak Ida..Ya Allah! kuatkan hatiku utk terima berita nih..sangat2 sebak! Kak Ida menghembuskan nafasnya yg terakhir 6 January 2011 yg lepas! Al-Fatihah utk arwah Kak Ida. Moga rohmu tenang di sana...

Ku kenal Kak Ida in year 2000, masa ku kerja kt Colmar Tropicale, Bkt Tinggi as Income Audit. (audit jer segala jenis brg food,beverage n bla..bla..bla). Arwah buat AR ( Account Receivable). Mula2 we all kawan biasa jer, lama2 ada chemistry....so sangat2 rapat dan segala masalah mmg di kongsi bersama. Before datang Bkt Tinggi, Arwah kerja kat Langkawi..Ada peristiwa pahit berlaku di sana. Akibat kawan juga..So, nasihat Kak Ida yg tak mungkin aku lupa smpai bila2.."berhati2 pilih kawan"..mmg betul pon cakap Arwah....

Aku control airmata aku daripada jatuh semalam..control menahan sebak yg tidak terhingga! Namun gagal! pasal aku mmg wanita yg sangat murah dgn airmata..At last berderai juga..terpaksa lari ke toilet dan menangis sepuas2nya..Al-Fatihah sekali lagi untuk Arwah..Arwah x sakit, tapi menurut kawan dier, result dr post mortem.. serangan Jantung...

Masa kt Bkt Tinggi, every weekend we all akan turun ke KL bersama Eugene..sorang laki cina yg sgt suka bkwn n mengekor we all. Mmg memory tue sgt indah..indah kenangan ms sama2 we all tak tido semalaman gara2 nk siapkan puzzle Mickey Mouse yg susah giler nk buat yg Eugene dan Wan hadiahkan ms birthday aku..namun puzzle tue dh x der ngan aku psl ada owg ambil dan x mau pulangkan..sob3x..

We all sama2 resign dari BktTinggi psl work pressure. Ya ler..tpt tue mmg br lagi kan..so mcm2 benda nk kena setup lain sebelum nk  maintain..ku balik ke Kedah then Kak Ida balik ke kampungnya kt Ipoh. Arwah anak tunggal dalam keluarga dier..Masa kt Bkt Tinggi, parents dier mmg slalu datang dan anggapku sebagai anak diaorang gak..Tu yg jadi sangat2 sebak!..pernah balik ke Kampung Kak Ida kt Temerloh juga bersama parent dia...Then ronda2 kat pekan Temerloh tue, da apek sorang tue tegur kat Ayah arwah..Anak ker? smbil menunjuk ke arah kami berdua..Then Ayah dier ckp..A'aaa...

Then, Kak Ida kembali bekerja kt KL..masa tue ku kat Langkawi...atas pujuk rayu dier..dan punyai jodoh yg sgt kuat..Ku ikut Kak Ida ke KL..kerja kat Bangi n stay kat Kajang. Aku dpt kerja kt tpt kerja Kak Ida..Sama2 we all naik bas g kerja..ya ler..ms ni mana terpikir nk pakai kereta ker apa kan!..kalau nk story psl kenangan tue mmg sgt2 byk..mybe panjang jela nk mengarangnya!..

Semalam..time balik kerja...aku menangis lagi! Teresak2 bila dengan lagu Aizat feat 1 Edition : Perpisahan Ini
berkumandang di corong radio...

" Dulu kita satu jiwa satu impian, susah senang kita bersama, namun itu semua hanya sementara.."

Mmg betul dgn ungkapan dari lagu ni..Arwah mmg x kedekut dengan wang ringgitnya..x pernah berkira langsung....kalau this month ku beli barng..next month Arwah pula beli barang utk we all makan..dan begitulah sebaliknya..so kdg2 bila ku tgk owg sgt2 berkira dlm wang ringgit nie..aku jd jakun seketika! kena yakin dgn rezeki Allah la kan...

Then lagu nie pon sgt2 menyentuh...


Lyrics / Lirik Sahabat - Aizat :

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.  

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
 

Arwah belum berkahwin dan ada anak...:( 

15 comments:

*∽ IZAN ∽* said...

Ya Allah.. bila baca pengalaman yg pernah gieyana lalui dgn Arwah memang sebakkk..sabar ya gie.

Al fatihah. semoga arwah di tempatkan di kalangan org yg solehh..

Farra Dhelina said...

ya alh..sbar lah ye kak..tu lah kan kehidupan ni..semuanya terlalu pedih utk kita terima..

takziah utk keluarga arwah..& utk kak g, sabr ye kak..kirim kan al-fatihah utk arwah..

al-fatihah..amin..

Nida said...

Salam..

Nida yg baca ni pun turut tersentuh rasa hati... Allah meminta balik hak yang dipinjamkan... Al-fatihah

NaIaDHaNnI said...

sedihnya citer ni. sy pn ank tunggal jgk.msti parents die sedih sgt. =/

Syima Emi said...

kak gie.. serius mengalir air mata saya masa baca entry ni.. tak dpt saya bygkan kehilangan insan yg kita syg sgt2... sy paham perasaan tu kak gie.. ya Allah mmg tak tergambar..

sy harap akak tetap tabah.. sentiasa lah berdoa semoga kak ieda damai di sana kerana suatu hari nanti kita pasti akan meyusul..

yatie chomeyl said...

saya faham erti kehilangan sbb saya pun dah takde mak

al-fatihah untuk kawan Gie, smoga dia tenang di sana.

kalau boleh Gie jangan lah letak gambar dia yang membuka aurat kat sini, mungkin lebih baik untuk arwah.

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

ati turut terasa sebak dgn cerita ini..smga roh arwah tenang di sana..
al-fatihah~

ALoNa CintamaniszLite said...

Al fatihah..

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

al-fatihah

Dee said...

Al-Fatihah utk arwah kak ida..moga rohnya tenang di sana..setiap kali terkenangkannya..sedekahkan fatihah ye gie..moga gie terus tabah..

♥MAMASYAZA♥ said...

alfatihah utk arwah kak ida

Gieyana said...

hi ALL...Thanks for da wishes..Aminn..

padle said...

be strong,kak gie..

al-fatihah~

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

sabar ye Gie, setiap orang akan pergi mengadap Illahi, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin

Nana said...

sebak baca...
alfatihah..
semoga rohnya di cucuri rahmant