"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Friday, July 8, 2011

Peludah Warna

Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said - http://www.malaysiakini.com/
 
Adakah lagi sinar suria? manusia masih lagi tercari2 dan mencari2 hala tuju diri...
 
~ Sekatan jalan di sana sini..Sama seperti di Penang nie..but yg menjadi lebih teruknya, penyelenggaraan jalan yg turut mengakibatkan jalan menjadi sangat sesak dgn kereta2 canggih di abad ini..

6 comments:

Zie Fauzi said...

Betul tu..ajak hubby kuar pun dia xmau sebab jalan jem...jgn kata roadblock,yg duk repair jalan tu pun menyesakkan lagi jalan...

mummy_ayu said...

cantik pic tu..
kat penang pun BERSIH jugak ker?

mummy_ayu said...

cantik pic tu..subhanallah..
kat Penang pun BERSIH jugak ke dear?

♥MAMASYAZA♥ said...

wah cantiknye gambar matahari tu

InaAchik said...

bila pena jadi senjata...

Edy Zaidi said...

wah..sharp matahari tu