"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Friday, August 3, 2012

Musibah dan Dugaan..

Hari Jumaat yang indah...
Positifkan diri agar hari ini menjadi lebih baik dari semalam...

Sure semua tersengih2 haa baca my previous entry yg sekadar berkongsi cerita...[tak-patut-buat-camni-tau-kalau-time ]

kalau anda di tempat saya mcm mana? mmg trbahak2 haa saya gelak!

Tapi satu jer saya nak tegur, kalau anda di tempat saya jangan la menegur dgn kuat..adalah baik pretending mcm tak ada apa yg berlaku. tak baik buka aib orang walaupon berlainan agama..tambah lak di bulan yang mulia ni..

Gambar kredit: ILuvislam.com

Ok, Tazkirah kita di hari yang mulia nie...berbalik pada tajuk kat atas..tuan2 dan puan2 yang dhormati..ececece..macam syarahan lak kekdahnya...:P

Manusia di muka bumi nie tak lari daripada musibah dan dugaan..Yang kaya dengan caranya dan yang miskin dengan caranya. Ada diberikan dugaan dari segi kewangan, dari segi perhubungan, kecelakaan dan sebagainya...

"Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).


Ada yang sabar dan tabah namun ada juga yg mempertikaikannya....
Bila akal dikuasai minda, manusia lupa pada diri..lupa utk senantiasa Redha..lupa utk sabar...dan lupa untuk menahan diri daripada sentiasa berfikiran positive. (Peringatan utk diri  juga utk sabar dan yg pentingnya redha).

Artikel : [Pedoman menghadapi Musibah]
Kita pon tahu kan, Dugaan atau Musibah yg diturunNya utk setiap umatnya adalah mengikut kemampuan kita sebagai insannya yg lemah...

Nota Kaki: Sabar dan Redha tu perlu dalam diri utk menjadi lebih baik dari semalam. Dan pasti ada hikmah di sebalik setiap dugaan dan musibah tersebut.
Dibolehkan kita utk berkongsi setiap dugaan/musibah tue psl dapat juga sahabat2 disekeliling memberikan moral support dsbnya..namun, kalau berkongsi secara berterusan, ia seperti mempertikaikan dugaan yang diberikanNya..

# Dugaan yg dilalui oleh Pn Yanie. Kalau kita tak dapat berikan sumbangan dari segi wang ringgit, cukup lah sekadar doa pada beliau agar cepat sembuh dan tabah. sedih bila baca entry kat blog Eyriqazz nie.[luahan-hati-ibu-tunggal-alia-haryanie.]

5 comments:

aTy _faRed~ said...

betul..sabar dan redho...akan buat kite lebih tabah dan kuat..insyaallah..yakin dugaan dari Allah akan ade hikmahnye...

lieyalatif said...

ADUH..cium kentut org!!! sure kembang kuncup tekak g oiiii hahaahahah....

yea g, lieya pun ikut kisah nieh....semoga ade sinar tuk beliau...mane kiteleh bantu kite bantu...walaupun amaun derma tu kecik tapi tu amat bermakne bagi yg memerlukan....

wantie said...

betul ckp hang tu. kena redha. Tapi tu lah kan, kita ni manusia tidak sempurna. Dalam mencari kesempurnaan banyak juga kesalahan yg kita lakukan.

- dieyana - said...

indahnya Jumaat! ingatan sesama kita...tq..:-)

fiza said...

Tak suka tau, klo nak buang angin pon, tgk lah keliling dulu.

Simpati dgn nasib kawan kita tu. Smoga dia tabah menghadapi dugaan.