"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Friday, November 23, 2012

Perancangan Perbelanjaan : Sejauh manakah kita?

Sumber citing : SINI.

“ Kesilapan besar yang dibuat oleh ramai individu adalah mereka merancang perbelanjaan bagi RM 10 000 tetapi hanya menerimagaji RM 5 000 setiap bulan”

Gambar sekadar hiasan. (nak upload picture lain dah hits quota limit haa..malas nk delete mn yg tak perlu)


Dengar saja perkataan perancangan kewangan, rami yang tidak berminat dan tidak mengambil perhatian kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam benak fikiran mereka sejak menerima gaji yang pertama. Ramai juga yang beranggapan, perancangan kewangan atau financial planning ( FP ), adalah untuk mereka yang kaya raya dan mempunyai lebih duit setiap bulan dari gaji mereka. Tetapi, setiap individu, baik kaya atau miskin, wajib merancang kewangan mereka agar tidak terjerus dalam lembah hutang tak berbayar, kaya tapi belum dapat harta dan kais sebulan makan seminggu. Orang yang bergaji RM 2000, rancang wang mereka berdasarkan RM 2 000, orang yang bergaji RM 7 000, rancang wang mereka berdasarkan RM 7 000.

Rancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan. Kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, yang baik atau buruk, yang perlukan wang keluar atau wang masuk dan macam – macam lagi. FP juga boleh membuatkan anda berada disituasi sebenar, tidak berada di awangan, dan ini dapat membuatkan anda tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Dalam sebulan, berapa kali anda berbelanja dan mengeluarkan duit ? Berapa kali anda membeli barang keperluan? Anda tahu berepa jumlah hutang anda ? Anda tahu berapa ringgit sebulan anda belanjakan untuk minum teh tarik dikedai mamak ? Dan yang penting, adakah anda tahu yang anda sudah berbelanja lebih dari kemampuan ?

Gieyana : Mostly saya membenarkan suami memegang kad ATM. Pembayaran credit card saya dan segala bentuk bayaran semuanya di uruskan oleh secretary saya a.k.a suami. (dalam process utk memotong penggunaan credit card pasal kebanyakan kredit card tidak memberi sebarang impak keuntungan dan secara tidak langsung mengamalkan riba)

Adakah anda mempunyai wang bagi menampung kos pendidikan IPT anak – anak anda ? Adakah anda mempunyai dana yang mencukupi bagi menampung kehidupan anda selepas bersara untuk tempoh 20 atau 3o tahun selepas bersara ? Adakah anda tahu bahawa hutang anda akan habis sebelum anda bersara atau sebaliknya ? Jika hutang masih berbaki selepas bersara, adakah anda mempunyai sumber untuk membayarnya selepas bersara ? Nak bayar dengan wang KWSP atau Pencen ?


Tiada siapa di dunia ini berminat merancang kewangan sehinggalah mereka terjerumus ke lembah perangkap hutang. Dan yang lebih buruk, manusia lebih berminat untuk merancang dan mengumpuk koleksi hutang.

Gieyana : Ini mmg tepat sekali kan??

Keperluan Merancang Kewangan

Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan padat, ramai orang sentiasa dibelenggu dengan masalah kewangan. Pernahkah anda melihat rakan atau saudara yang bergaji lebih besar dari anda, tetapi menanggung hutang sebesar gunung ? Perancang kewangan pernah kata, bukanlah gaji besar yang menjadi persoalan, tetapi berapa banyak dari gaji anda yang boleh anda simpan, menjadi penentu kehidupan anda masa depan. Ramai orang diluar sana, yang bergaji rendah dari anda, hanya berhutang rumah dan kereta sahaja, tidak memiliki kad kredit, tidak membuat hutang peribadi. Tapi mereka masih dapat hidup walaupun gaji mereka kecil dari anda. Kerana mereka merancang. Mereka berbelanja di dalam lingkungan kemampuan gaji mereka. Tidak lebih. Sedangkan anda berbelanja diluar kemampuan gaji anda. Tidak pernah kurang, sentiasa lebih. Sebab anda tidak merancang.


Tekanan Kadar Faedah

Bank – bank menjadi kaya dengan kadar faedah. Walaupun mereka melaungkan kadar faedah rendah, tetapi mereka kaya dengan kadar faedah rendah tersebut. Kesan kadar faedah membuatkan kos pembelian barangan berlipat kali ganda apabila tempoh pembayaran dipanjangkan. Harga asal barang yang dibeli, menjadi 2 atau 3 kali ganda selepas habis pembayaran dibuat.


Jika anda membeli komputer riba berharga RM 4 000 menggunakan kad kredit dan membayarnya secara ansuran, selama 5 tahun hutang masih berbaki RM 716.39 dan jumlah faedah yang anda telah bayar adalah RM 1 619.39. Inilah kesan kadar faedah. Jika tiada kadar faedah, hutang anda akan habis dalam tempoh setahun lebih, tetapi anda masih membayar sehingga tahun ke 5, itu pun belum habis. Komputer yang anda telah beli, mungkin dah rosak, out dated.

Rumah yang berharga RM 100 000, akan menajadi RM 250 000 lebih setelah habis bayar. Kereta RM 50 000, akan jadi RM 75 000 selepas habis bayar.

Gieyana: Sebaik2nya, cubalah utk menukarkan pinjaman perumahan kita mengikut islamik banking kerana secara kebanyakkan dari kita secara tidak langsung telah terlibat dengan riba.

Tekanan Inflasi

Secara ringkasnya begini, pada 10 tahun lepas anda masih boleh meninkmati makanan tengah hari dengan hanya RM 3 di tangan, belaukkan ayam goreng dan 2 jenis lauk lagi, beserta minuman. Tetapi pada hari ini, dengan RM 3, anda hanya boleh membeli ayam goreng, Tiada nasi, tiada lauk – lauk lain. Tiada air minuman. Jika anda masih hendakkan makanan yang lengkap itu, anda harus sediakan RM 7 ke atas. Jumlah duit masih sama, tetapi kuasa membeli menjadi semakin kurang.

RM 500 000 pada 10 tahun lepas, hanya mempunyai kuasa membeli RM 150 000 pada hari ini. Nilainya semakin jatuh, jatuh dan jatuh. Inilah kesan inflasi. Kesan inflasi juga membuatkan anda perlukan gaji RM 6543 25 tahun akan datang, untuk menyamai gaya hidup anda dengan gaji RM 3000 pada hari ini.

Gieyana : Mmg betul. Dulu masa saya pergi sekolah hanya berbekalkan wang 20 cent kesekolah masa sekolah rendah  dan dapat saya beli sebungkus nasi lemak . Now, 20 sen hanya dapat beli gula2 jer..

Perlindungan Pendapatan

Hanya Allah sahaja yang tidak memerlukan sebarang perlindungan. Tetapi manusia, tidak terlepas dari pelbagai musibah dan ujian. Tak kira setinggi mana anda ingin daki, ke bulan sekali pun, tetapi anda perlu sediakan tali dan payung terjun, supaya apabila anda jatuh nanti, anda tidak akan patah kaki.

Suami mesti wariskan gajinya kepada isteri, sekiranya si suami, pencari nafkah keluarga , tidak mampu lagi bekerja, akibat meninggal dunia atau lumpuh kekal. Jika anda hilang pekerjaan sebab majikan gulung tikar, anda masih boleh pergi cari kerja lain. Jika anda diberhentikan kerja, anda masih mendapat pampasan sementara mencari kerja baru. Tetapi jika anda ’ diberhentikan ’ terus dari dunia ini, di mana lagi gaji yang anda boleh berikan kepada isteri untuk menampung keperluan keluarga. Bagaimana dengan hutang piutang ? Bagaimana dengan perancangan masa depan ? Dana persaraan ? Dan pendidikan ? Ibu bapa ?

Mendapatkan perlindungan pendapatan, bukanlah disebabkan anda yang akan ditimpa musibah, tetapi tanggungan anda yang masih ingin dan perlu teruskan hidup mereka tanpa anda disisi.

Gieyana : Kita perlu utk membuat wasiat pada setiap harta yg kita ada agar setiap musibah atau kemungkinan yg akan berlaku kelak tidak merumitkan anak2 ataupon keluarga bila kita sudah tiada nanti.

Pendidikan Anak – Anak

Dulu ibu bapa jual lembu, tanah, untuk membiaya pendidikan anak di Universiti. Tapi sekarang apa yang boleh dijual ? Jual rumah, nak duduk dimana ? Jual kereta, baki hutang lebih banyak dari value kereta.

Nak tak nak, kena buat pinjaman pendidikan. Pinjaman pendidikan bukan tak bagus, sebab tujuannya baik. Untuk belajar. 20 tahun lepas, bagi saya ia hutang yang baik, ( good debt ), sebab lepas belajar U, jaminan pekerjaan sudah disediakan. Gajinya pun banyak. Tetapi pada hari ini, untuk dapatkan sekeping ijazah jurusan sejarah, anda kena pinjam RM 40 000, berbaloikah dengan gaji yang anda bakal dapat nanti ? Adakah peluang pekerjaan di bidang itu banyak ?


Bila berkata soal pendidikan, ia bukan hanya yuran universiti sahaja. Tetapi melibatkan kos sara hidup, pengankutan, tempat tinggal. alat bantuan belajar dan macam – macam lagi keperluan student. Sebab itu kosnya bukan sedikit. Untuk 20 tahun akan datang, zaman anak – anak kita, kos pendidkan bakal mencecah RM 100 000 lebih. Berapa nak bayar sebulan ? Berapa lama nak habis ?

Yang paling teruk, ribuan lagi graduan masih terpinga – pinga mendapatkan pekerjaan, sedangkan surat suruh bayar hutang sudah mula dihantar ke rumah. Nak tak nak, kerja dulu di KFC, Mc Donald dan lain – lain.

Lebih baik, simpan sendiri dan bina sendiri dana pendidikan untuk anak – anak anda.


Gieyana : Ya. Saya menitikberatkan ini utk anak saya di masa depan. Ini penting kerana dahulu keluarga saya bukannya dari keluarga yg senang dan pembelajaran saya skrg pon ditanggung oleh diri-sendiri dan tidak melibatkan loan dari mana2 pihak. Harap2 kawan2 pon begitu juga ya psl kos pembelajaran masa skrg dan akan datang mmg melambung2 tinggi walaupon peluang utk mendapatkan kerja yg byk adalah sukar especially terpaksa bersaing dgn bangsa lain.



Kehidupan Selepas Bersara

Kehidupan semasa muda ini semua indah. Maklumlah, anak – anak masih kecil, tanggungan tak banyak, takda sakit, pendek kata semuanya berjalan lancar. Hari bertukar bulan, bulan bertukar tahun, akhirnya anda mencapai usia 55 tahun. Duit simpanan tiada, hanya semata – mata duit ehsan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Cukupkah dana KWSP untuk menampung kehidupan selepas bersara ?

5 tahun dulu, bawa keluar duit bagi renovate rumah. Habis beribu – ribu. Selepas bersara, bawa keluar RM 475 000, dan langsaikan segala hutang piutang yang masih tertunggak. Tinggal RM 400 000 dalam bank. Selepas 3 tahun, duit hanya berbaki RM 30 000. Anda baru berusia 58 tahun. Nak hidup kurang – kurang lagi 10 atau 20 tahun. Kerja dah tiada. Nak kerja pun, jadi jaga boleh lah. Jangan terkejut, sudah lumrah, bila lepas bersara, penah bekerja 30 tahun, lepas bersara semua fikir nak buat macam – macam. Duit banyak. Jalan sana sini. Beli macam – macam. Akhirnya, dana KWSP hanya mampu bertahan untuk tidak lebih 5 tahun.

Gieyana : Saya taknak tinggal di bandar bila bersara nanti. So saya dan suami dah beli awal2 rumah nak nk diduduki selepas bersara nanti. At least sedikit juga harta yg ditinggalkan utk anak..:)
Dan turut menitikberatkan financial planning for future and emergency use. Saving, Capital Fixed Investment, Company Shareholder, Holiday Fund dan so on mmg sgt2 membantu sekira memerlukan.

Jadi, dari sekarang, tinggkatkan pengetahuan anda dalam bidang perancangan kewangan, baca buku, majalah, artikel, internet, blog macam rancangwang.wordpress.com nih, dan banyak lagi sumber – tingkatkan pengetahuan perancangan kewanagan.

Nota kaki : Insyaallah mari kita bersama2 berbelanja mengikut kemampuan bukannya kemahuan..

10 comments:

wantie said...

aku pun sekarang tengah dok clear debt. alhamdulillah... jika kita usaha untuk settel hutang. then sentiasa memohon kepada Allah agar memudahkan jalan kita utk membayar hutang.

Nescaya Allah akan memberi ruang ruang yang ada untuk meringankan beban kita.

study anak anak in future? of coz kena pikiaq.. there are my diamond la katakan. kena la dok utamakan $$$ study dorang. kn..kan.. kan..

Myra Jay said...

Perancangan kewangan penting supaya kehidupan kita berjalan lancar..

Thanks Kak kongsi :D

el said...

dah jadi pakar belanjawan dah ni woohoooo..sy sokong setiap hujah yg diperkatakan..hehe

anje damia nurin said...

perancangan adalah yang terbaik...supaya hidup tak dibebani hutang beli kadar termampu je...gie dah tak leh nk upload gambo ke?tak yah delete just tambah author kita punyer blog dah sampai 7 author gara2 rajin mengupload gambo...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

yup mmg betul penting sgt perancangan kewangan buat kita semua..

Pada eija penting sgt kita ada saving walaupun sedikit..jgn sampai x menabung langsung kan.

Gieyana said...

anje

yup..you'r right..oh, itu sy tahu..x sempat nk buat lg...:-)

wan nurul hezrina said...

Betul memang Perlu plan tuk semua perbelanjaan nak2 yang dah punya anak.tuk seorang anak zaman sekarangni kena patut Dan Perlu menimpan sbnyk 200 ringgit.kakau dua anak 400.so tak boleh me beli seska hati.tq Sudi sharing

ALoNa CintamaniszLite said...

citer psl kewangan dan bajet famili ni...mm..mmg kena panjang lebar.
Setakat ni, alhamdulillah laa akak sekeluarga takde ler lagi punya masalah perbelanjaan melebihi pendapatan sbb berbelanja ke...gi bercuti ke...ikut taraf poket sendiri, hehe..


BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kiki.. bak kata bff ila.. hutang jusa c.. gaji kumpulan c hahaha

aTy _faRed~ said...

Asben ai kene gi kelas money management..elok die bace bnde nih...