"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Friday, November 30, 2012

Photo ini memberi keinsafan....


Kesian dgn kemiskinan anak2 Cambodia ini..pakaian hanyalah dr ehsan penderma jer...
mmg menyentuh hati bila review balik photo2yg di ambil oleh suami...:'(

Kat Malaysia mmg susah nk jumpa kanak2 bogel in public cmni tp kat kampung yg terpencil mungkin ada..uols ada brani? :P

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Hotel Titiwangsa Cameron Highlands

Saya nk kongsi pasal tempat penginapan kat Cameron Highlands ni. Majoriti tmpat penginapan kt sini mmg costly. Kalau budget hotel pon mahal still. Dan majoritynya jenis apartment gitu. So kalau family kecik mcm saya nie tak worth pula kalau nak stay dkt apartment. Saya pernah stay dkt Heritage, dekat Country Lodge, Iris Hotel, dkt Regency kot kalau tak silap. Yg paling best mmg dkt Heritage lah..ngeh3..:)
[alahai boss, apsal boss dh tak kerja kat sini, idak dpt special treatment laa.. ^-^]

Seperti yg di war2kan dkt entry sebelum nie, trip nie mmg secara humble a.k.a rock sempoi,menerjah..planning nak cari budget hotel jer..budget hotel pon rate mengalahkan 4 star room rate tau! ..:P
Saya plan nak cari area2 Brinchang jer..So saja la fb kat Nana a.k.a Ibu Damia psl budget room ate dier pergi beberapa minggu awal dari saya. Malas nk stay kat tempat yg terdahulu. Rasa mcm tak worth jer!

So, sampai2 jer saya terjah hotel yg Suziey pernah stay, Tudor Hotel kalau tak silap dan hotel yKavy yg Nana rekomen. Saya mcm tak berbaloi plak psl room rate RM170 without breakfast. Baik saya stay dkt Centry Pines cuma  lebih kurang RM200+ with breakfast or Equatorial pon with breakfast juga. Tapi both full house! Tapi saya lebih suka area Brinchang dan ke atas. Tak nak ler nanti kalau stay dkt Equatorial, kena sapu jem lak masa nk g night market. So suddenly google tgk hotel nie. Terus saya call dan rasa sgt berbaloi biarpon yg tinggal cuma twin bedded. Ouchh..berhimpit2 lah psl katil tue mmg tak boleh ubah. Rate cuma RM188.00nett.
Surprisingly this room rate with Steamboat Dinner dan Breakfast for 2. Nureen FOC! Mmg berbaloi2!

Sorry, tak banyak picture yg di ambil kat dlm bilik nie. Size bilik besar sedikit dari Tune Hotel dan boleh la kalau nak hamparkan sejadah utk solat. Siap2 ada signage solat. Nureen siap cakap hotel cina psl kat lobby memang ada tulisan cina.. =.=


Free wifi dkt lobby dan room kalau tak silap saya.

see, kecik jer twin bed nie. mau berhimpit2 dgn suami psl Nureen conquer satu katil but at last nk Ummi tido dgn dier..:P

Ruang ke bilik.

Steamboat Dinner

Dah jimat dah RM for dinner psl included in the room rate! Seriusly, antara hotel2 yg saya pernah stay ini lah hotel pertama yg dapat dinner! Awesome betul steamboatnyer! Makan sampai lebam haa especial sayur2 yg segar-segar tue. Krup krap bunyi kesegarannya! phewwwww! still terasa lg keenakan sayur kat CH nie!




Breakfast

Alhamdulillah...breakfast pon not bad. Boleh isi perut yg kelaparan. Since malam tue hujan, udara sangat ler sejuk. Tapi anak dara saya sempoi jer, tak pakai pon baju sejuk both nite dan pagi tue! Ada price mihun,  kuey teaw goreng, nasi lemak, bread. Boleh sgt kalau nk isi perut!..

Lepas makan kenyang2 we all terus check out psl nk turun g KL lak..:)


Tips dan Information : Salah satu hotel yg berbaloi kalau nk stay.
Senang sangat nk cari hotel nie pasal tepi jalan jer. After Iris Hotel.




View Larger Map

Nota kaki: Next time harus book dulu dan x mau terjah camni dh. nasib baik awal sampai..idak kena redha dgn hotel yg rate mahal..:P

Trip to Cameron Highlands 2012 | Day 1


Ambil mood untuk kembali mengarang surat cinta kat sini.. Opss kisah2 tauladan pengembaraan saya sekeluarga baru2 nie.

Trip yg tidak dirancang pon dan plan asalnya hanya ingin ke Kuala Lumpur ! Semestinyer Gieyana.Com selalunyer suka buat tindakan drastik yg orang lain pikir dua tiga kali kalau nk joint nih! Tetiba teringat weekend trip g Terengganu dan Kelantan beberapa tahun yg lalu. Perghh giler best! lawak lak tgk muka sendiri kat photo lama! bdekah2..:P

Awal pagi dah bangun pasal plan nk jejakkan kaki kat CH nie pukul 10.00pagi. Walaupon trip nie lagi satu minggu nak cuti sekolah, tapi harus di ingatkan, Kat CH kalau weekend mmg sesak dan terpaksa queue panjang utk tiba ke destinasi nie bdekatan dgn Kea Farm tue! kalau cuti sekolah, buat sakit jiwa jer naik kecuali weekdays!  perghh masak ko Joyah!


Saya dan team siap santai2 lagi singgah kat R&R Bkt Gantang sambil minum2 dan breakfast. Mak kalau nk jalan jauh mmg dh tak berapa selera nak makan. ngeh3..:P

Cameron Bharat Plantation

Tempat ni ler paling senang nak singgah. Kat belah kiri semasa nak naik tue. Plan asal mmg nak masuk ke Ladang Teh Sungai Palas tue. Itu pon depend pada cuaca dan masa pasal stay kat sini cuma 1 malam jer. The next day nak race g KL lak. So sempat juga layan kuch-kuch hota hey kat sini. Motif utama singgah sini pasal nak minum Cardamon Teh dia yg awesome tue. Saya dan suami suka! So meh cik kak dan cik abang, cuci mata dgn gambar yer!





Kalau anda bernasib baik, anda akan jumpa ayam2 kampung yg cute nie berserta dua ekor ayam belanda yg besar gabak. Actually ayam tue jinak jer dan siap boleh pegang...comel lak saya rasa but Nureen takutttt! :P



EQ Strawberry Farm Cameron

Masa nak naik sini, dah sangkut dengan jammed. Padahal time nie baru pkul 11.00pg kot. Kan mak cakap, confirm sapu jem strawberry before Kea Farm tue. Haizz!
So singgah sini pasal nak terkucil haa..ekekeke..:P

Pastu apa lagi, cuba try test a.k.a menikmati strawbery coklat. Nureen makan berbatang2 haa..best lak kat sini. Oh ya, kalau nk self petik strawberry, saya rasa di sini lebih besar strawberrynyer berbanding dkt dgn RedFarm Strawberry tue. Nanti nak datang lagi ah..Awesome jer rasa psl minum Strawberry Milk shake, strawberry coklat, jagung! perghhh sedapnyeeeeeee.......





~ Eh, next entry coming soon yer!

Nota kaki : Tiap2 tahun naik Cameron mmg tak jemu!

Monday, November 26, 2012

Beruntungnyer Awak!



Kasih Ibu membawa kesyurga...kasihnya ayah membawa bahagia....


Meeting with Myra...o_O


Assalamualaikum.....

[Entry mengandungi 4 keping gambar]

Wahh..seronok jumpa Myra..tmbah lak Myra menang Nikon D90 dr Denaihati dulu..Dan lama teringin nak jumpa Myra...dan makin membuatkan perasaaan tue membuak2 nk jumpa psl saya sepatutnya jumpa dgn Myra pada kadar yg segera. Tak suka bila amanah yg sy pikul tidak diberikan pada tuan empunya diri pd kadar yg segera. Ecececece...:)

First at all, nak says sorry psl hadiah tu Kak G tukar! Tak smpai hati lak nk bg psl showel gel tu cenonet jer haa...still ada lg dlm simpanan saya! Saya selalu berpesan pd diri, biar apa saja benda yg nk beri pd sesiapapon mestilah sesuatu yg membahagiakan diri penerima..

sempat berposing mesra dgn Myra. Kenal Myra melalui blog MamaTisya. Tu pon masa Amy turun Penang ritu nk jumpa both of us but jumpa personally each of us..

Cont : Begitu juga pesan saya pada suami. Tak kira apa saja benda yg kita nk memberi, biarlah seikhlas hati..dan tidak ungkit mengungkiti. Kadang2 lumrah manusia kan....suka sgt mengungkit!

Ahh..ritu aku bagi kat sipolan-sipolan besaq, sekarang kecik jer dia balas!

ataupon..alaa, kecik jer bendanyer haa! Ini sekadar contoh2 saja yer yg boleh dibuat pedoman...

Myra, thanks a lot fr the treatment k..sayanggg kamoo! Mogga Allah Taala perluaskan rezeki kamu dan suami....:)


Sorry Myra, Nureen tertidur psl masa siangnya dia puas meronda2 dgn abahnya...your hubby ramah n pada mulanya awak ckp pemalu..hihihi...:P

Tak sempat awak nak beramas-mesra dgn Nureen..masa taruk watermark pictures nie, sibuk jer dia tnya kenapa tak ajak dia! ekekeke...

Tempat pertemuan : My feveret port > Char Kuey Teaw Sg Dua..ngeh2..sedappp!

Dan Last but not least...Posing comel2..before balik...ikutkan hati smpai lewat pagi leh sembang haa..tak pon sampai kedai tutup macam jumpa Amy ritu. Tgk kaum suami pon rancak menyembang! ngeh2...

Myra > Thks for the goodies yer for both me dan Nureen yer.....leh tukar beg make up Kak G..

nota kaki : saya suka FM walaupon kecik jer tapi cute.. ^_~

Masa yg sangat mencemburui....


Assalamualaikum....

Terima kasih dkt Kak Long psl jaga Nureen dan dpt lak suami-isteri nie honeymoon....:)
Minggu yg sangat memenatkan..Rini pon berat sangat diri nk pergi kerja nih! Mak MC boleh? ngeh3..:P


auwwww.....best juga rupanya bdua nih! sapa suruh kamu taknak ikut Nureen, kan ummi dan abah dpt dating kat umah kite...ngeh3...


Then the next day kite emergency 999 heading g Merbok without Nureen...Melawat Allahyarhamah Mak Jang yg meninggal semalam..Alfatihah utk Mak Jang. A week before pon ada pergi visit Mak Jang..Alhamdulillah Allah Taala izinkan saya dan suami tatap wajah terakhir Mak Jang. Sedih lak rasa..last two month Pak Jang & Mak Jang ada dtg stay kat umah psl follow up kt Hosp Pulau Pinang...Suami mmg nak sangat ziarah jenazah pasal masih terbayang2 wajah mak Jang masa dtg rumah ritu..berkali2 minta maaf dkt saya psl diaorg dtg umah n takut menyusahkan...:(
Bersama chenta saya yg poyo nih!  sabar jer!

Sunrise yg tidak segan silu menjelmakan dirinya..masa nk nk g fetch mak mertua...


#Al-fatihah utk Mak Jang...bulan yg sgt busy dgn wedding!

Banyaknya entry terbengkalai....nnt marathon entry...:)

Saturday, November 24, 2012

No 11.11 dengan kehidupan saya...:-)

Assalamualaikum....

Ini kiranya macam suratan ataupon kebetulan gitu..no nie memang sangat2 senonim dgn kehidupan saya sekeluarga...dah banyak kali dh perasaan..Jam di waktu ini yg cfm dilihat tatkala di mana2..tak kira pagi atau petang...dkt opis, pjalanan ke mana2 destinasi percutian, perjalanan balik kampung, perjalanan balik ke penang....

Dan now saya mmg suka sangat dgn this no....uols pernah mengalaminya tak?


#tapi tak ler smpai nak beli plat no kereta ni psl suami confirm tak suka...

nota kaki : aim for 1979.


masuk blog Ila@ Mykhalish pukul 11.11..:)

Friday, November 23, 2012

Formula untuk Merakam Foto yang Hebat

Special Note : Terima kasih buat tuan asal blog ini yg memberikan saya menyumbangkan suara..opss! memulakan entry.

Sumber : http://www.fototeacher.com/blog/

Ramai orang yang boleh merakam gambar. Tetapi tidak ramai yang mampu merakam gambar yang menarik atau gambar yang hebat. Kadangkala, ada yang terfikir, cara untuk menghasilkan foto yang hebat adalah satu misteri atau satu rahsia yang hanya orang tertentu sahaja yang mengetahuinya. Malah, ada yang seolah-olah menyangka, jurufoto yang hebat seakan-akan mempunyai kuasa ajaib dimana setiap sentuhan rakamannya akan menghasilkan karya agung. Tanggapan ini tidaklah benar. Jurufoto hebat juga pernah gagal dan pernah buat silap.
Ketahuilah, sebenarnya dalam apa jua bidang, setiap perkara boleh dipelajari. Setiap kejayaan boleh dicapai jika kita melalui jalan yang betul dan salah satu kuncinya ialah – kerja keras. Dalam artikel ini, saya ingin bincangkan 7 perkara penting yang perlu anda berikan perhatian untuk menghasilkan foto yang hebat.

ILMU
Suka atau tidak, untuk mendapatkan foto yang hebat, kita perlu mempunyai ilmu yang cukup. Semakin tinggi ilmu yang dimiliki, semakin besar peluang untuk menghasilkan foto yang hebat. Ilmu boleh diperolehi dengan berbagai cara. Kita boleh membaca buku, membaca majalah dan membaca dari laman web. Kita juga boleh menghadiri bengkel fotografi atau belajar terus dari jurufoto lain yang lebih berpengalaman.
Tiada alasan untuk tidak belajar. Ada banyak cara untuk belajar. Pilihlah cara yang sesuai dengan bajet, kelapangan masa dan keselesaan anda. Apa yang penting, kita perlu fahami teori asas fotografi terlebih dahulu. Jangan hanya merakam gambar secara ikut-ikutan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Setiap perkara yang berlaku ada sebabnya dan boleh dijelaskan secara teori. Gambar yang hebat sebenarnya boleh dirancang penghasilannya. Ia bukan terjadi sendiri. Untuk itu, kita perlu ada ilmu untuk menghasilkan foto yang hebat.
Setelah ilmu diperolehi, jangan lupa untuk mempraktikkannya. Dengan melakukan praktikal, barulah kita tahu ketepatan dan keberkesanan ilmu yang telah dipelajari; lalu kita boleh pula menyesuaikannya. Dengan melakukan praktikal juga, kita mungkin akan terjumpa dengan masalah lain, lalu kita akan belajar lagi untuk melengkapkan ilmu yang telah kita pelajari. Ingatlah, ilmu yang belum diamalkan adalah ilmu yang belum sempurna.

SUBJEK
Pada peringkat awal dalam fotografi, kita biasanya akan merakam gambar berbagai jenis subjek dengan berbagai jenis teknik. Ini adalah normal dalam proses pembelajaran di peringkat awal kerana kita perlu faham berbagai perkara asas dalam fotografi secara umum. Pada peringkat ini juga, kita masih tercari-cari subjek apakah yang paling menarik untuk dirakam. Tetapi, setelah melepasi peringkat asas dalam fotografi, kita perlu memilih subjek kita, bukan lagi merakam semua subjek secara rambang.

Untuk mendapatkan foto yang hebat, kita perlulah merakam subjek yang sesuai dengan minat kita. Contohnya, jika anda meminati aktiviti luar seperti jungle trekking, maka, rakaman foto mengenai alam semulajadi tentu lebih sesuai untuk anda. Secara khususnya, mungkin anda minat untuk merakam gambar makro berbagai jenis serangga, gambar burung atau gambar pemandangan alam semulajadi.
Kita perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek rakaman kita. Apabila kita minat mengenai sesuatu subjek, kita akan suka untuk ambil tahu banyak perkara mengenai subjek tersebut. Dengan pengetahuan yang luas mengenai sesuatu subjek, kita boleh merakam gambarnya dengan lebih baik. Ini kerana kita ada banyak cerita yang ingin disampaikan mengenai subjek tersebut. Dengan arifnya kita mengenai subjek tersebut, kita juga dapat menyampaikan ‘ceritanya’ dengan lebih baik.
Contohnya, jika kita mempunyai minat mengenai kehidupan burung tertentu, kita akan suka untuk tahu tentang habitatnya, tabiatnya, makanannya dan lain-lain perkara mengenai burung tersebut. Kita juga akan tahu – pada waktu bila, dimana, dari sudut mana dan dengan teknik apakah subjek tersebut harus dirakam agar gambar yang menarik dapat dihasilkan.
Jurufoto yang merakam gambar ini mengkhusus dalam merakam gambar labah-labah sahaja. Dengan minat yang mendalam mengenai subjeknya dan dengan pengkhususan yang dibuat, beliau bukan sahaja pakar dengan teknik yang tertentu, tetapi turut pakar mengenai subjek rakamannya. Beliau dapat mengenali berbagai spesis labah-labah, tabiatnya, habitatnya dan lain-lain ilmu berkaitan labah-labah. Dengan pengetahuan mendalam mengenai subjeknya ini, beliau dapat merakam gambar-gambar menarik mengenai labah-labah yang tidak dapat dirakam oleh jurufoto lain. (foto oleh Amir Ridhwan)

Elakkan merakam gambar sesuatu subjek sekadar terikut-ikut dengan orang lain sedangkan kita sebenarnya tidak meminati subjek tersebut. Tanpa minat kepada sesuatu subjek, kita tidak akan mempunyai keghairahan (passion) terhadapnya. Tanpa keghairahan, kita tidak akan berusaha kuat untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Tanpa keghairahan juga, proses untuk mendapatkan gambar yang hebat akan dirasakan sebagai satu beban yang tidak seronok dilakukan.

KELEBIHAN (ADVANTAGE)
Selain dari merakam gambar subjek yang kita minati, kita juga sebaiknya mencari subjek yang kita mempunyai kelebihan atau kemudahan untuk merakam gambarnya. Contohnya, jika anda minat merakam gambar senibina, anda juga sebaiknya mempunyai kelebihan lain seperti bekelulusan sebagai seorang arkitek misalnya atau anda tinggal di kawasan yang mempunyai banyak bangunan dengan senibina yang menarik seperti di Putrajaya. Adalah sukar untuk anda mendapatkan gambar senibina yang baik jika anda tinggal di kawasan yang jauh dari subjek anda. Ini kerana, untuk mendapatkan gambar yang baik, anda perlu selalu merakam gambar subjek anda sehinggalah anda benar-benar mahir.
Sebagai contoh lain, sekiranya anda tinggal di negeri Sabah yang terkenal dengan keindahan dan kekayaan alam semulajadinya, anda mempunyai kelebihan untuk merakam gambar-gambar pemandangan alam semulajadi yang cantik atau merakam gambar hidupan liar di sana. Sekiranya anda tinggal di Sabah, tetapi anda hanya berminat merakam gambar kereta lumba F1, bermakna anda tidak menggunakan sepenuhnya kelebihan dan peluang yang telah ada di depan mata anda.
Jadi, cuba fikirkan, dengan situasi anda sekarang, apakah kelebihan yang telah anda miliki dan bagaimana anda boleh menggunakan sepenuhnya kelebihan tersebut untuk menghasilkan gambar yang menarik?

PERSEDIAAN
Gambar yang baik jarang terhasil dari rakaman rawak dan nasib baik semata-mata. Gambar yang baik terhasil dari rakaman yang didahului dengan persediaan yang rapi. Persediaan di sini bermaksud ilmu, kemahiran dan kajian mendalam mengenai subjek rakaman anda. Selain dari itu, persediaan lain juga adalah penting; seperti mencari idea, mencari lokasi menarik, mencuba teknik tertentu untuk rakaman gambar tertentu dan sebagainya.
Perancangan juga adalah penting. Orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal. Kita tidak boleh dengan mudahnya membawa kamera, keluar ke bandar tanpa tujuan, lalu berharap untuk dapat rakam gambar yang baik. Kita mesti merancang terlebih dahulu secara spesifik, apakah yang ingin dirakam, dimanakah lokasi rakaman, apakah teknik yang akan digunakan, apakah cabaran yang bakal dihadapi dan bermacam perkara lain yang perlu difikirkan dan perlu dilakukan persediaan.
Untuk merakam gambar pemandangan, selain dari ilmu umum yang perlu diketahui, kita juga mungkin perlu belajar menggunakan teknik-teknik atau peralatan-peralatan tertentu bagi menghasilkan foto yang menarik. Gambar ini dirakam menggunakan kamera infrared untuk mencapai kesan yang unik agar gambar pemandangan yang dirakam dapat memberikan kelainan kepada subjek yang dirakam. (foto oleh Affandi Abd Hamid)

Selalu juga berlaku, proses merancang atau pre-production itu memakan masa yang lebih lama berbanding masa yang digunakan untuk merakam gambarnya. Tetapi, biarlah kita benar-benar bersedia walaupun mengambil banyak masa, asalkan usaha kita itu menjanjikan rakaman gambar yang hebat.
Memang tidak dinafikan, adakalanya sesuatu gambar yang hebat telah dapat kita rakam kerana kita bernasib baik atau memang sudah rezeki kita pada hari itu. Adakalanya, kita pun amat bergantung kepada tuah untuk merakam gambar yang menarik. Tetapi, ingatlah bahawa, tuah hanya bermanfaat untuk orang yang bersedia. Bayangkan pada suatu hari, ketika anda sedang memandu, tiba-tiba anda melalui satu kawasan yang kelihatan sangat cantik dan kebetulan pula pada waktu itu, langit senja penuh dengan awan yang sungguh indah. Anda mungkin bertuah pada waktu itu untuk melihat pemandangan yang indah, tetapi anda mungkin tidak bertuah sebagai seorang jurufoto kerana anda tidak membawa kamera bersama pada ketika itu. Tetapi, katakan pula jika anda mempunyai kamera pada waktu itu, adakah anda telah bersedia dengan mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup untuk merakam gambar yang hebat? Jadi, bersedialah secukupnya agar apabila tuah menjelma, ia akan menjadi milik anda.

FOKUS
Sebelum keluar untuk merakam gambar, tetapkan matlamat anda. Fokuskan fikiran dan perhatian untuk mendapat apa yang telah anda rancangkan. Jangan cepat rambang mata atau terlalu tamak untuk merakam berbagai-bagai subjek yang tidak dirancang, kecualilah jika subjek tersebut betul-betul menarik.
Usahakan betul-betul untuk mendapatkan apa yang telah dirancang. Tidak rugi jika anda mengabaikan subjek-subjek lain dan berikan tumpuan kepada satu subjek sahaja. Adalah lebih baik mendapat sekeping gambar yang hebat berbanding mendapat 10 gambar yang ‘biasa-biasa’ sahaja kualitinya.
Selain dari tumpuan terhadap subjek, anda juga perlu berikan tumpuan kepada peralatan yang digunakan. Maksud di sini ialah, bawa peralatan yang diperlukan sahaja untuk merakam gambar sebagaimana yang dirancang. Tidak perlu bawa kesemua peralatan yang anda ada hanya kerana bimbang kalau-kalau ada subjek lain yang akan muncul. Semakin banyak peralatan yang dibawa atau semakin banyak pilihan lensa yang ada, tumpuan kita juga akan lebih mudah terganggu. Oleh kerana terlalu sibuk berfikir tentang lensa dan aksesori apa yang hendak diguna, kita akan hilang tumpuan terhadap subjek kita. Faktor berat beban memberi kesan kepada tenaga kita terutamanya ketika kita perlu banyak berjalan kaki untuk merakam gambar.

MELIHAT
Sebelum merakam gambar yang bagus, kita perlu ada mata yang mampu ‘melihat’; bukan sekadar penglihatan biasa, tetapi penglihatan unik sebagai seorang jurufoto yang mampu menterjemahkan apa yang dilihat menjadi sebuah foto yang menarik. Ini juga disebut sebagai The Art of Seeing atau seni melihat. Untuk mempunyai mata istimewa yang mampu melihat apa yang orang biasa tidak dapat lihat memerlukan ilmu dan latihan.
Sebelum gambar dirakam, lihatlah, fikirlah dan tanyalah diri anda – adakah subjek yang bakal dirakam berbaloi untuk dirakam? Adakah subjek tersebut cukup menarik? Apakah sebenarnya yang ingin anda tunjukkan atau ingin anda sampaikan kepada orang yang melihat gambar ini nanti? Jika sesuatu subjek tersebut benar-benar menarik, anda akan rasa teruja dengannya. Jika tidak, jangan membuang masa untuk merakamnya kerana ianya tidak akan menjadi.
Setelah subjek anda telah dipastikan, dapatkan komposisi yang menarik untuk merakam gambar. Subjek yang menarik dengan komposisi yang salah tidak akan menjadikan gambar anda menarik. Sebelum shutter dilepaskan, buat dulu keputusan samada gambar tersebut lebih baik dirakam secara melintang (horizontal) atau menegak (vertical). Adakah ia memberikan impak yang lebih baik jika dirakam dengan format 2:3, 1:1 atau 1:2? Begitu juga dengan banyak lagi perkara lain yang perlu dipertimbangkan seperti latar depan, latar belakang, jenis lensa yang sesuai digunakan, depth-of-field, kesan kelajuan shutter dan sebagainya.
Contoh gambar dengan aspect ratio 2:3 iaitu format gambar seperti yang dirakam oleh sensor kamera DSLR biasa. (foto oleh Hasnuddin Abu Samah)

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum gambar dirakam ialah, pastikan bahawa terdapat 3 elemen yang menarik di dalam gambar anda. Biasanya, gambar yang hanya mempunyai satu elemen menarik tidak cukup kuat untuk menjadi gambar yang hebat. Contoh 3 elemen yang dimaksudkan di sini ialah: pertama, subjek di dalam gambar itu sendiri adalah menarik. Kedua, pencahayaan pada ketika itu juga menarik. Ketiga, latarbelakang di dalam gambar juga adalah menarik. Contoh lain, mungkin faktor pertama ialah subjek mempunyai ekspresi menarik. Kedua, teknik yang digunakan menarik (seperti teknik slow shutter) Ketiga, warna yang terdapat di dalam keseluruhan gambar adalah menarik. Tidak kisah apa pun teknik atau objeknya, pastika ada 3 elemen menarik di dalam gambar anda.

MASA
Untuk mendapatkan foto yang hebat, kita tahu kita perlu ada peralatan yang sesuai, ilmu yang mencukupi dan kemahiran yang tinggi. Selain dari itu, ada satu lagi faktor yang jarang diperkatan, iaitu kita juga perlu sanggup luangkan banyak masa untuk berlatih dan berusaha untuk merakam gambar yang hebat. Biasanya, orang yang mempunyai banyak wang mempunyai masa yang kurang, sebaliknya, orang yang mempunyai banyak masa, mempunyai kurang wang. Jadi, orang yang banyak wang, mampu membeli peralatan yang mahal, tetapi mereka kurang masa untuk berlatih merakam gambar, begitu juga sebaliknya. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tetapi, suka atau tidak, kita perlu mencari masa untuk merakam gambar. Apa pun kekurangan yang kita ada, kita perlu mencari jalan penyelesaiannya.
Contoh gambar dengan aspect ratio 1:2 atau dikenali juga dengan format panoramic. Format ini berasal dari kamera medium format 120 dengan saiz imej 6X12 cm. Gambar ini dirakam dengan kamera DSLR dan kemudiannya dilakukan pemangkasan (cropping) di dalam perisian Adobe Photoshop untuk menjadikannya sebagai gambar berformat panoramic. (foto oleh Hasnuddin Abu Samah)

Jika difikirkan, tidak ada rahsia untuk menjadi seorang jurufoto yang hebat. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berlatih dan berusaha untuk memburu gambar yang anda idamkan. Semakin banyak masa yang kita luangkan untuk merakam gambar, semakin besarlah peluang untuk kita mendapatkan hasil yang hebat. Tidak kira apa pun yang kita lakukan, sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara kerap dalam satu tempoh masa yang lama pasti akan membuatkan kita mahir dalam melakukan kerja tersebut. Lebih-lebih lagi jika kita hanya menumpu kepada satu kemahiran yang khusus.

Cuba bayangkan jika sekarang ini anda tidak pandai memasak nasi goreng. Jika anda belajar asasnya, dan berlatih memasak nasi goreng 5 kali sehari pada setiap hari; agaknya, berapa lamakah masa yang perlu anda ambil untuk berjaya menghasilkan nasi goreng yang sedap? Mungkin cuma dalam masa 2-3 hari sahaja! Mudah saja caranya. Tetapi, bukan semua orang yang sanggup melakukannya. Jadi, berhentilah mencari alasan dan berusahalah mendapatkan gambar yang hebat jika itu yang benar-benar anda mahukan.
Kita teruja melihat gambar-gambar oleh jurufoto profesional. Gambar-gambar mereka sungguh hebat hingga adakalanya terdetik di dalam hati kita bahawa kita tidak akan berupaya mencapai tahap seperti mereka. Malah kadangkala, ada bisikan negatif memberi alasan, jurufoto profesional itu kononnya memang berbakat, mereka menggunakan peralatan mahal, mereka berpendidikan tinggi dan sebagainya. Tetapi, hakikatnya, mereka juga adalah manusia biasa seperti kita semua. Mereka tidak ada kuasa ajaib dan mereka tidak menggunakan jalan pintas. Pernahkan kita tanya, berapa lamakah atau berapa kuatkah mereka telah berusaha untuk mencapai tahap tersebut? Pernahkah kita tanya, dalam 10 keping gambar hebat yang telah mereka rakam, berapa ratus atau berapa ribu keping pula gambar yang tidak menjadi? Pernahkah kita tanya, untuk menghasilkan sekeping gambar yang hebat itu, berapa lamakah masa yang beliau ambil dan berapa kalikah beliau telah berulang alik ke lokasi yang sama untuk mendapatkah subjek, pencahayaan dan detik yang sesuai?

Hakcipta Terpelihara 2012 – Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com

Perancangan Perbelanjaan : Sejauh manakah kita?

Sumber citing : SINI.

“ Kesilapan besar yang dibuat oleh ramai individu adalah mereka merancang perbelanjaan bagi RM 10 000 tetapi hanya menerimagaji RM 5 000 setiap bulan”

Gambar sekadar hiasan. (nak upload picture lain dah hits quota limit haa..malas nk delete mn yg tak perlu)


Dengar saja perkataan perancangan kewangan, rami yang tidak berminat dan tidak mengambil perhatian kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam benak fikiran mereka sejak menerima gaji yang pertama. Ramai juga yang beranggapan, perancangan kewangan atau financial planning ( FP ), adalah untuk mereka yang kaya raya dan mempunyai lebih duit setiap bulan dari gaji mereka. Tetapi, setiap individu, baik kaya atau miskin, wajib merancang kewangan mereka agar tidak terjerus dalam lembah hutang tak berbayar, kaya tapi belum dapat harta dan kais sebulan makan seminggu. Orang yang bergaji RM 2000, rancang wang mereka berdasarkan RM 2 000, orang yang bergaji RM 7 000, rancang wang mereka berdasarkan RM 7 000.

Rancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan. Kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, yang baik atau buruk, yang perlukan wang keluar atau wang masuk dan macam – macam lagi. FP juga boleh membuatkan anda berada disituasi sebenar, tidak berada di awangan, dan ini dapat membuatkan anda tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Dalam sebulan, berapa kali anda berbelanja dan mengeluarkan duit ? Berapa kali anda membeli barang keperluan? Anda tahu berepa jumlah hutang anda ? Anda tahu berapa ringgit sebulan anda belanjakan untuk minum teh tarik dikedai mamak ? Dan yang penting, adakah anda tahu yang anda sudah berbelanja lebih dari kemampuan ?

Gieyana : Mostly saya membenarkan suami memegang kad ATM. Pembayaran credit card saya dan segala bentuk bayaran semuanya di uruskan oleh secretary saya a.k.a suami. (dalam process utk memotong penggunaan credit card pasal kebanyakan kredit card tidak memberi sebarang impak keuntungan dan secara tidak langsung mengamalkan riba)

Adakah anda mempunyai wang bagi menampung kos pendidikan IPT anak – anak anda ? Adakah anda mempunyai dana yang mencukupi bagi menampung kehidupan anda selepas bersara untuk tempoh 20 atau 3o tahun selepas bersara ? Adakah anda tahu bahawa hutang anda akan habis sebelum anda bersara atau sebaliknya ? Jika hutang masih berbaki selepas bersara, adakah anda mempunyai sumber untuk membayarnya selepas bersara ? Nak bayar dengan wang KWSP atau Pencen ?


Tiada siapa di dunia ini berminat merancang kewangan sehinggalah mereka terjerumus ke lembah perangkap hutang. Dan yang lebih buruk, manusia lebih berminat untuk merancang dan mengumpuk koleksi hutang.

Gieyana : Ini mmg tepat sekali kan??

Keperluan Merancang Kewangan

Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan padat, ramai orang sentiasa dibelenggu dengan masalah kewangan. Pernahkah anda melihat rakan atau saudara yang bergaji lebih besar dari anda, tetapi menanggung hutang sebesar gunung ? Perancang kewangan pernah kata, bukanlah gaji besar yang menjadi persoalan, tetapi berapa banyak dari gaji anda yang boleh anda simpan, menjadi penentu kehidupan anda masa depan. Ramai orang diluar sana, yang bergaji rendah dari anda, hanya berhutang rumah dan kereta sahaja, tidak memiliki kad kredit, tidak membuat hutang peribadi. Tapi mereka masih dapat hidup walaupun gaji mereka kecil dari anda. Kerana mereka merancang. Mereka berbelanja di dalam lingkungan kemampuan gaji mereka. Tidak lebih. Sedangkan anda berbelanja diluar kemampuan gaji anda. Tidak pernah kurang, sentiasa lebih. Sebab anda tidak merancang.


Tekanan Kadar Faedah

Bank – bank menjadi kaya dengan kadar faedah. Walaupun mereka melaungkan kadar faedah rendah, tetapi mereka kaya dengan kadar faedah rendah tersebut. Kesan kadar faedah membuatkan kos pembelian barangan berlipat kali ganda apabila tempoh pembayaran dipanjangkan. Harga asal barang yang dibeli, menjadi 2 atau 3 kali ganda selepas habis pembayaran dibuat.


Jika anda membeli komputer riba berharga RM 4 000 menggunakan kad kredit dan membayarnya secara ansuran, selama 5 tahun hutang masih berbaki RM 716.39 dan jumlah faedah yang anda telah bayar adalah RM 1 619.39. Inilah kesan kadar faedah. Jika tiada kadar faedah, hutang anda akan habis dalam tempoh setahun lebih, tetapi anda masih membayar sehingga tahun ke 5, itu pun belum habis. Komputer yang anda telah beli, mungkin dah rosak, out dated.

Rumah yang berharga RM 100 000, akan menajadi RM 250 000 lebih setelah habis bayar. Kereta RM 50 000, akan jadi RM 75 000 selepas habis bayar.

Gieyana: Sebaik2nya, cubalah utk menukarkan pinjaman perumahan kita mengikut islamik banking kerana secara kebanyakkan dari kita secara tidak langsung telah terlibat dengan riba.

Tekanan Inflasi

Secara ringkasnya begini, pada 10 tahun lepas anda masih boleh meninkmati makanan tengah hari dengan hanya RM 3 di tangan, belaukkan ayam goreng dan 2 jenis lauk lagi, beserta minuman. Tetapi pada hari ini, dengan RM 3, anda hanya boleh membeli ayam goreng, Tiada nasi, tiada lauk – lauk lain. Tiada air minuman. Jika anda masih hendakkan makanan yang lengkap itu, anda harus sediakan RM 7 ke atas. Jumlah duit masih sama, tetapi kuasa membeli menjadi semakin kurang.

RM 500 000 pada 10 tahun lepas, hanya mempunyai kuasa membeli RM 150 000 pada hari ini. Nilainya semakin jatuh, jatuh dan jatuh. Inilah kesan inflasi. Kesan inflasi juga membuatkan anda perlukan gaji RM 6543 25 tahun akan datang, untuk menyamai gaya hidup anda dengan gaji RM 3000 pada hari ini.

Gieyana : Mmg betul. Dulu masa saya pergi sekolah hanya berbekalkan wang 20 cent kesekolah masa sekolah rendah  dan dapat saya beli sebungkus nasi lemak . Now, 20 sen hanya dapat beli gula2 jer..

Perlindungan Pendapatan

Hanya Allah sahaja yang tidak memerlukan sebarang perlindungan. Tetapi manusia, tidak terlepas dari pelbagai musibah dan ujian. Tak kira setinggi mana anda ingin daki, ke bulan sekali pun, tetapi anda perlu sediakan tali dan payung terjun, supaya apabila anda jatuh nanti, anda tidak akan patah kaki.

Suami mesti wariskan gajinya kepada isteri, sekiranya si suami, pencari nafkah keluarga , tidak mampu lagi bekerja, akibat meninggal dunia atau lumpuh kekal. Jika anda hilang pekerjaan sebab majikan gulung tikar, anda masih boleh pergi cari kerja lain. Jika anda diberhentikan kerja, anda masih mendapat pampasan sementara mencari kerja baru. Tetapi jika anda ’ diberhentikan ’ terus dari dunia ini, di mana lagi gaji yang anda boleh berikan kepada isteri untuk menampung keperluan keluarga. Bagaimana dengan hutang piutang ? Bagaimana dengan perancangan masa depan ? Dana persaraan ? Dan pendidikan ? Ibu bapa ?

Mendapatkan perlindungan pendapatan, bukanlah disebabkan anda yang akan ditimpa musibah, tetapi tanggungan anda yang masih ingin dan perlu teruskan hidup mereka tanpa anda disisi.

Gieyana : Kita perlu utk membuat wasiat pada setiap harta yg kita ada agar setiap musibah atau kemungkinan yg akan berlaku kelak tidak merumitkan anak2 ataupon keluarga bila kita sudah tiada nanti.

Pendidikan Anak – Anak

Dulu ibu bapa jual lembu, tanah, untuk membiaya pendidikan anak di Universiti. Tapi sekarang apa yang boleh dijual ? Jual rumah, nak duduk dimana ? Jual kereta, baki hutang lebih banyak dari value kereta.

Nak tak nak, kena buat pinjaman pendidikan. Pinjaman pendidikan bukan tak bagus, sebab tujuannya baik. Untuk belajar. 20 tahun lepas, bagi saya ia hutang yang baik, ( good debt ), sebab lepas belajar U, jaminan pekerjaan sudah disediakan. Gajinya pun banyak. Tetapi pada hari ini, untuk dapatkan sekeping ijazah jurusan sejarah, anda kena pinjam RM 40 000, berbaloikah dengan gaji yang anda bakal dapat nanti ? Adakah peluang pekerjaan di bidang itu banyak ?


Bila berkata soal pendidikan, ia bukan hanya yuran universiti sahaja. Tetapi melibatkan kos sara hidup, pengankutan, tempat tinggal. alat bantuan belajar dan macam – macam lagi keperluan student. Sebab itu kosnya bukan sedikit. Untuk 20 tahun akan datang, zaman anak – anak kita, kos pendidkan bakal mencecah RM 100 000 lebih. Berapa nak bayar sebulan ? Berapa lama nak habis ?

Yang paling teruk, ribuan lagi graduan masih terpinga – pinga mendapatkan pekerjaan, sedangkan surat suruh bayar hutang sudah mula dihantar ke rumah. Nak tak nak, kerja dulu di KFC, Mc Donald dan lain – lain.

Lebih baik, simpan sendiri dan bina sendiri dana pendidikan untuk anak – anak anda.


Gieyana : Ya. Saya menitikberatkan ini utk anak saya di masa depan. Ini penting kerana dahulu keluarga saya bukannya dari keluarga yg senang dan pembelajaran saya skrg pon ditanggung oleh diri-sendiri dan tidak melibatkan loan dari mana2 pihak. Harap2 kawan2 pon begitu juga ya psl kos pembelajaran masa skrg dan akan datang mmg melambung2 tinggi walaupon peluang utk mendapatkan kerja yg byk adalah sukar especially terpaksa bersaing dgn bangsa lain.



Kehidupan Selepas Bersara

Kehidupan semasa muda ini semua indah. Maklumlah, anak – anak masih kecil, tanggungan tak banyak, takda sakit, pendek kata semuanya berjalan lancar. Hari bertukar bulan, bulan bertukar tahun, akhirnya anda mencapai usia 55 tahun. Duit simpanan tiada, hanya semata – mata duit ehsan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Cukupkah dana KWSP untuk menampung kehidupan selepas bersara ?

5 tahun dulu, bawa keluar duit bagi renovate rumah. Habis beribu – ribu. Selepas bersara, bawa keluar RM 475 000, dan langsaikan segala hutang piutang yang masih tertunggak. Tinggal RM 400 000 dalam bank. Selepas 3 tahun, duit hanya berbaki RM 30 000. Anda baru berusia 58 tahun. Nak hidup kurang – kurang lagi 10 atau 20 tahun. Kerja dah tiada. Nak kerja pun, jadi jaga boleh lah. Jangan terkejut, sudah lumrah, bila lepas bersara, penah bekerja 30 tahun, lepas bersara semua fikir nak buat macam – macam. Duit banyak. Jalan sana sini. Beli macam – macam. Akhirnya, dana KWSP hanya mampu bertahan untuk tidak lebih 5 tahun.

Gieyana : Saya taknak tinggal di bandar bila bersara nanti. So saya dan suami dah beli awal2 rumah nak nk diduduki selepas bersara nanti. At least sedikit juga harta yg ditinggalkan utk anak..:)
Dan turut menitikberatkan financial planning for future and emergency use. Saving, Capital Fixed Investment, Company Shareholder, Holiday Fund dan so on mmg sgt2 membantu sekira memerlukan.

Jadi, dari sekarang, tinggkatkan pengetahuan anda dalam bidang perancangan kewangan, baca buku, majalah, artikel, internet, blog macam rancangwang.wordpress.com nih, dan banyak lagi sumber – tingkatkan pengetahuan perancangan kewanagan.

Nota kaki : Insyaallah mari kita bersama2 berbelanja mengikut kemampuan bukannya kemahuan..

Thursday, November 22, 2012

Gerai No 14 | Bersama Lunch Date Terbaik saya...:-)


Assalamualaikum...

Kalau di beri pilihan..setiap detik mmg saya nk bersama2 dgn dia. Lunch sama2, g kerja sama2 n semuanya sama2 lah. Dulu masa suami station dkt Airport n dkt Perikanan opis, tiap2 hari lunch sesama. Sanggup taknak joint kengkwn opis, lunch together2...I rasa meriah n best gila bila makan dgn mamat gila2 ni. Tambah lak bila dua2 jd gila2...Dia suka buat lawak bodo...Ada saja jer dia nk menyakat...gelak bdekah2 bila dia n saya suka2 hati jer terbalikkan perkataan2 yg ada di sekitar kedai makan...Yang tak ttahan bila air botol yg ada depan meja tue 'Kickaapoo' tu saya terbalikkan jd 'Ooopakcikk'! Leh bantai gelak bdekah2...:)

Saya rini posing gedik! Lalalalalala....

Tadi dating kat sini..Sanggup saya drive g Gelugor woo semata2 insan tesayang. tapi mmg often pon bila fetch Nureen dari school...:)

"Abang, nanti abang amik G yer..lewat sikit G nak balik..Then G taknak masak psl penat la..Kita makan kat luar ja!"

Ok..So cukup ka pahala utk harini?

Cukup la kot..kah kah...selamba rock ja saya jawab..n kadang2 dia juga mcm nie! Just for fun kan! kalau nk dapatkan pahala mmg tak cukup..peacee!

Nasi Kenduri dan Gulai kawah Terbaik......:-)


 Gulau kawah yg dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Ayahanda tercinta..
Perghhh...giler sedap! Masih teasa kesedapannya...

# Gulai kawah area my hometown mmg best...:)

Wednesday, November 21, 2012

Vineyard, Tasek Beris | Seperti berada di luar negara bersama2...ngeh3...:-)

Assalamualaikum...

Kali ini mari menjelajah wilayah utara bersama2 dengan saya..[entry mengandungi banyak gambar]

 Entry yg terdahulu pon uols leh tgk juga sedikit sebanyak gambar dan mostly saya story psl tempat nie kat entry terdahulu. Entry Sini :  SINI
dan gambar Nureen masa mula2 datang sini..kelakar lak rasa psl rambut Nureen nampak sangat curly n bambam juga dier masa baby dedulu..ekekek.. Entry: SINI

Tempat nie terletak berdekatan dgn umah mertua jer..mmg cantik....but kekadang malas sangat nk datang sini since rumah mak saya dan umah mertua ikut arus berlainan ..yakni melewati bukit-bukit yg di kelilingi keindahan yg super-duper best dan Awesome! bertuahnyer saya...:)
Masa yg mencemburui membataskan saya dan keluarga kecil datang sini...ok lah..meh layan gambar yer anak2...:P

Silau mata..:P

 
Nah $50! buat shopping yer! Ada iras Ija juga aku saya nie yer! perghh..giler perasan!

hero kesayanganku..perghhh!

Bersama mertua tersayang..dedaun tue kacau daun lah!..:P

adess..saya yg terlebey suda..harus ajar mak  berposing lagi nih..kui kui...




ni persekitarannyer yer..lepak kat sini mmg best lah!

ini entrance utk ke dalam yer..dulu saya rasa murah but now dh increase...:)

Lokasi:



Nota kaki: Mak singgah sini jap pasal nk beli jus anggur utk nenek kat Merbok..

Amik mood utk update..update..dan update lagi!