"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Thursday, September 26, 2013

Cara mencairkan perahan susu ibu yg telah disejuk/dibekukan

Penting untuk Ibu-ibu mengetahui Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu yang telah Disejukkan /Dibekukan. Aku masa Nureen dulu campur dgn formula dan bknnya 100% bf. Bf cuma time cuti or malam jer. Tu pon direct breastfeeding.

Info ni aq google dan boleh la dikongsi psl support bf. InsyaAllah this time cuba utk fully bf lak.. >_<
Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :

1) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk (suhu bawah 4'C)
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minet. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer) (suhu -18' sehingga -20'C)
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk dia dalam peti sejuk anda (refrigerator) sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan pada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan dalam peti sejuk (pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu (sejurus setelah selesai proses mengepam/memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalamkuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi. Kenapa bazir? Sebabnya
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu belum diminum oleh bayi. Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan berikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh di bekukan semula, Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku)
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5~7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro (microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Alasan & Sebab: Susu akan menjadi terlalu panas danboleh mencederakan bayi, komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40'C ke atas)

Susu perahan juga mudah dan senang dipanaskan menggunakan pemanas khusus (warmer) suhu yang dikawal40'C ke bawah shj.

Kesimpulan,




susu fresh (baru perah) : tahan 4 jampada suhu bilik
susu disejukkan dalam peti ais(dekat rak, bukan dibekukan, tak kisah peti ais berapa pintu): tahan 5~7 hari
susu beku: bergantung kepada suhu peti ais 
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan
- deep freezer: tahan 6 bulan
susu beku yang telah dicairkan:perlu diguna dalam masa 24 jam, tak boleh dibekukan semula
susu yang dah dipanaskan: tahan 2 jam

credit info : momschoice.com.my

semoga anda semua perihatin tentang kualiti susu perahan anda dan kendalikan dengan cara yang betul agar bayi anda dapat susu ibu yang tetap berkhasiat pada kualiti yang maksima.
* Susu Ibu Terbaikk !!

7 comments:

mama lieyna said...

Good luck n all the best ya.. :-)
In sha Allah... impian kan jd kenyataan dgn berkat usaha... :-)

syawalsimpsons said...

ya betoi itu la yg sue buat sekarang BF kan izz ni

el said...

aku dulu ms bf alana
kemain study bf ni tau
rindu nak pulak nak wat stok susu penuh satu peti ais hahaha
gud luck g..u can do it :)
byk2 doa k insyallah boleh bf smpi 2 taun..hang dpt rs kelainan sgt :)

- dieyana - said...

happy bf! semoga Berjaya!

Zura@Iwan said...

good luck beb.
ak ritu dpt bf irfan smpi umor 4bln cm tu jek..
mgkin tk cukup ilmu gamaknya utk bf nie..hehe..
insyaAllah next bb..will do..

#best kn bf bb? ak ritu irfan ada mslh gak nk pisah nenen..haha..susu tk byk beb, then bila tk cukup dia bebai..huhu. tu yg mix formula tu..

wantie said...

kuatkan semangat tuk menyusukan bayi k. susu ibu yg terbaik. ha..cam tu lah aku wat dulu. kat baby sitter pun aku ajaq gitu gak.

sib baik baby sitter aku jenis yg faham dan tau betapa pentingnya anugerah Allah itu untuk baby.

ALoNa CintamaniszLite said...

dh cari babysiter utk najlaa??
ye laa..bkn semua babysiter yg rajin nk buat keje2 cenggini bila baby nk susu...
kena cari yg kenal jgk laa..kawan2 rekemen ke..kan..