Assalamualaikum...
Tak di nafikan semua muslimin dan musliman semestinya bercita2 utk jejakkan kaki ke Tanah Suci...
Eh..nak tnya? Korang dh ada buku Tabung Haji ker belum?..:P
macam bagus jer ko G tnya soalan cepu emas nie! Suka hati orang la nak ada ker tak der!
Senang jer..nak buka buku, minimum RM1.00..Duit yg disimpan dkt Tabung Haji dapat Zakat Examption (Pengecualian Zakat Pendapatan) psl duit yg di simpan kat sini, dorang dah urus Zakat siap2..~~
Aku pon tak yakin nak simpan duit dkt commercial bank psl aku tak sure kemana dorang laburkan duit..kecuali ler bank2 islam...so aku cuma ada 3 account bank jer..Maybank utk payroll, CIMB (dh lama dh x guna) dan Tabung Haji..ada aku tnya ker G? :P
Since aku dah tak beli Company Stock kat Nasdaq tue yg aku tak yakin kemana $ tue di laburkan..aku buat salary deduction kat sini...At least ada juga saving akaun di kala kecemasan..Bila dh ada anak nie mmg wang simpanan tue is a MUST!
Oppss! mak buat dua transaction kat sini...:P
Suka sangat staff yg peramah dan baik hati dkt Tabung Haji Bayan Lepas nie...baik dari pakcik guard yg tolong bg no tue sampai ler ker kaunter...
Ok2...Back to the story...Senang jer kalau nk buat pendaftaran Haji nie...kalau dah ada simpanan kat sini, wang RM1300.00 diperlukan utk mendaftar dah duit nie akan freeze..dah tak boleh dikeluarkan sampai simpanan cukup & dpt seru utk tunaikan haji...InsyaAllah...Uols nak tahu tahun brp aku dpt haa...2062! ko! Pheww..InsyaAllah kalau umur panjang ..:(
tp kdg2 its just an estimation jer..kan ikut Kuota n bla2...
Ok2..sambung lagi...kalau nk gunakan akaun ke-2, KWSP...just bw statement KWSP ker Tabung Haji jer..dan sekejap jer dorang key in itu ini dan its DONE!
Mesra Pelanggan!
Aku suka dgn "Penilaian Kepuasan Perkhidmatan" dorang nih..nampak canggih!..
“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah” [TMQ Ali `Imran (3): 97].
Haji diperintahkan tanpa alasan (‘illat) sebagaimana ibadah-ibadah yang lain. Manakala waktu, tempat dan tatacara telah ditetapkan oleh Allah melalui RasulNya. Sabda Baginda SAW,
“Kalian ambillah daripadaku manasik haji kalian” [HR Muslim].
Walaupun demikian, dalam nas yang lain, Allah SWT menyebutkan hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah ini. Dalam surah al-Hajj [22]: 27 Allah menyatakan,
“Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka.”
Menurut at-Thabari, pendapat yang paling tepat terkait dengan manfaat di sini adalah semua aktiviti yang diredhai oleh Allah termasuk juga perniagaan. Alasannya, kerana Allah memberi manfaat tersebut untuk siapa saja yang menjadi saksi musim haji, sama ada manfaat dunia mahupun akhirat. Kerana tidak ada satu hadis atau alasan yang dapat menjelaskan manfaat tersebut hanya berlaku untuk perkara tertentu, maka manfaat ini berlaku umum (at-Thabari, Tafsir Alquran, Juz XVII/106).
Sumber :
http://mykhilafah.com/fokus-muslimah/3734-haji-dan-kepentingan-khilafah