"PERHATIAN: Setiap isi kandungan di dalam blog ini adalah hasil kreativiti Penulis semata-mata. Setiap penulisan adalah tidak bermaksud utk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekiranya terdapat ayat-ayat yg menyentuh sensitiviti, ini adalah secara tidak disengajakan dan penulis memohon beribu kemaafan. Dilarang sama sekali menerbit, menplagiat isi kandungan blog ini tanpa kebenaran Penulis. ~ Gieyana"

Gieyana & Co ® : New Entry

Monday, September 30, 2013

Stroller SCR9 yg aq promote tu dh SOLD OUT!

Update sket berkenaan previous entry..

Just nak update psl stroller SCR9 tu dh reserved utk serious buyer dh..

Alhamdulillah owner kemainnya hepi.
Tak salah nk tolong kengkwn kan..

~ Ada yg nk minta tlg promote brg gak ker? Ngeh 1,000,000x..

Stroller for baby for sale

Assalamualaikum..

Ni haa nak promote stroller cute nih..aq tolong ex-school mate aq ja nih..

Good condition.
Well maintained.
Mileage free. Ngeh3..
Cuma guna 3-4 kali jer
Sesuai for baby below 1yrs old
COD area Selangor kecuali Dengkil & Banting jer. ( psl jauh aku rs, kwn aq nih kerja kt Upm)
Harga cuma RM200. Kalau uols nak nego leh ler bodek2 doc nih.

Interested may ctc me 0194412199 via sms/wassap. Nnt aq liase dgn dia k..


Friday, September 27, 2013

Roti Massimo whole wheat perasa strawberry yg awesome..

Uols suka roti tak?
Majoriti yg dok kat bandar mmg suka kan?

Dulu masa aq school dulu aku kureng sket roti2 nih!
Since now berkampung dgn geng2 yg suka menchekik roti, jadi terikut2 haa dgn dorang. Asal ker dorang nk beli roti cfm aq kirim utk portion aq for tea break kul 4 or 5 ptg. Tetiba rindu lak dkt maknya2 yg concern tu!

Nak kongsi roti dari product massimo ni weh! Seyess tak regret makan psl yummy! Roti keping2 dr product ni pon sedap. Dulu asyik beli roti gardenia jer kan. Now aq n da geng pelbagaikan. Roti high 5 yg wholemeal tu pon sedap gak!

Ni ler roti yg aq canang2 kan tu. Seyes strawberinya pon mcm strawberi jem yg kite beli kt Cameron highlands tu.. Rs whole wheat yg garing2 tu pon best pd tekak aq. Harga sebungkus cuma Rm0.90.

~ eh tetiba rs nak lg roti nih! 
~ aku yg suka strawberi.

Thursday, September 26, 2013

Cara mencairkan perahan susu ibu yg telah disejuk/dibekukan

Penting untuk Ibu-ibu mengetahui Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu yang telah Disejukkan /Dibekukan. Aku masa Nureen dulu campur dgn formula dan bknnya 100% bf. Bf cuma time cuti or malam jer. Tu pon direct breastfeeding.

Info ni aq google dan boleh la dikongsi psl support bf. InsyaAllah this time cuba utk fully bf lak.. >_<
Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :

1) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk (suhu bawah 4'C)
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minet. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer) (suhu -18' sehingga -20'C)
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk dia dalam peti sejuk anda (refrigerator) sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan pada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan dalam peti sejuk (pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu (sejurus setelah selesai proses mengepam/memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalamkuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi. Kenapa bazir? Sebabnya
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu belum diminum oleh bayi. Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan berikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh di bekukan semula, Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku)
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5~7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro (microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Alasan & Sebab: Susu akan menjadi terlalu panas danboleh mencederakan bayi, komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40'C ke atas)

Susu perahan juga mudah dan senang dipanaskan menggunakan pemanas khusus (warmer) suhu yang dikawal40'C ke bawah shj.

Kesimpulan,




susu fresh (baru perah) : tahan 4 jampada suhu bilik
susu disejukkan dalam peti ais(dekat rak, bukan dibekukan, tak kisah peti ais berapa pintu): tahan 5~7 hari
susu beku: bergantung kepada suhu peti ais 
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan
- deep freezer: tahan 6 bulan
susu beku yang telah dicairkan:perlu diguna dalam masa 24 jam, tak boleh dibekukan semula
susu yang dah dipanaskan: tahan 2 jam

credit info : momschoice.com.my

semoga anda semua perihatin tentang kualiti susu perahan anda dan kendalikan dengan cara yang betul agar bayi anda dapat susu ibu yang tetap berkhasiat pada kualiti yang maksima.
* Susu Ibu Terbaikk !!

Wednesday, September 25, 2013

Bayi dan Ibu | Check up 1 month selepas kelahiran yer!

Klau kaum cina nih dorang dh habis pantang dah haa..cuma kaum kita melayu jer pntang sampai 44 hari kan.
Aku pon x sure kenapa kena ikut angka nih! So kita ikut ja laa haa adat berpantang orang melayu.

Opismate aq laksa pon dh hentam kromo dh leklok dorang 30hari abis pntang. Aq idok ler..mau lama bebenor aq pntang haa..:)

Semalam aq bawa Najlaa & aku g check up for 1 mnth. Aku cuma amik urine test n amik blood lg utk check darah whether ada risiko talasemia or tak. Alhamdulillah ibu back to normal n berat pon BMI yg ideal juga. This time ms pntang bkn kemain byknyer aq mkn especially dinner. Lepas makan aku makan dan makan lagi smpai hubby perli! Nnt jd tong drum baru lu taw! Eh aku dpt kondom! Kahhh..:p

Najlaa lak berat bkn kemain naik dgn jayanya! Baru 34hari dah 4.2kg. No wonder ms pangku dier time bf dh rs kegebussan tu! Ada potensi nak naik n naik dgn jayanya nih! Doctor siap ckp wahh cptnya naik n nnt sure bb lebih besar dr maknya nih! Kali ni aku planning for fully bf. Hopefully dipermudahkanNya...

Aku tak continue pon amik Shaklee kecuali Esp jer psl supplement bpntang tu x serasi. Serasi dgn aku but not baby. da side effect dgn baby since aq mmg monitor. Berak non-stop sampai merah2 haa back sidenyer. Mcm hubby ckp laa, tak semua supp tu or ubat tu serasi dgn seseorg individu kan.. 

Alhamdulillah, perkembangan Najlaa memuaskan. Time check up ni kemain nyenyak dia tido..smpai ms nk inject tu, puas dkejutkan pon x nak bangun. Tp klau kt umah lak time2 kul 11 tu alert giler n bkn kemainnya susah nk tido..siap bebal2 lg dgn nenen..haizz!

Leklok jarum tu inject kat paha gebus tu kuatnya dier melalak! Lebih kuat dari baby sebelumnya...yg lawaknya, lepas melalak tu terus tido balik smpai nurse semua gelakkan dier...next check up will be on 22/10 ni lak...

Sy pkai bj love comel2 smlm.. Pdhal bj ni utk 6-12mnth tau..kejap ja dh leh pkai..

Ummi rakamkn kenangan bfore keluar...

Last but not least..nnt ummi upload pict gedik santai me yer!




Monday, September 23, 2013

Berpantang sendiri...macam seronok jer bunyinya..

Assalamualaikum...

Welcome back buddy! Idea nak mengarang ketandusan since tgh enjoy giler jd full time housewife nih! Seyess wei! Seronok giler..tambah lak ko diberi saat2 yg awesome handle dua anak sendiri!

Si kakak aku tak yah susah2 sgt psl si kakak dh berdikari dan mmg banyak membantu aq since dia ada adik nih! Mmg sgt2 boleh di harap!
'Nureen amik pampers kejap!'
'Nureen tolong siram pokok ummi!'
'Nureen tolong amik wet tissue jap!'
'Nureen pergi mandi! Nanti abah balik abah marah!'

Untung berkandaq sket weh bila different anak first n anak kedua ni jauh..Tp kalau jarak dekat tu nak wat camna kan psl rezeki Allah Taala nak bagi!

Kalau aq la G..aku tunggu habis pantang dulu baru la balik sini! (penang)

Banyak org tanya..kenapa ko balik sini G? 

Anak aku sekolah..x kira ler baru tadika ja pon..aku nak anak aku ikut cakap mak bapaknya bkn mak bapak ikut ckp anaknya! Pergi sekolah is a MUST bagi aku..kat sekolah la anak2 boleh belajar mcm2..sama mcm kita g kerja kan..kita enhance byk skill dkt tpt kerja! 
Kecuali la anak x sihat kaa..mak bapa gatai nak g jenjalan ka! Oppss..:p
(Setiap parent ader their own perception, so i do respect taw) peacee...

Dua minggu Nureen absent school aq dh ralat sgt..attendance ms accessment nnt for sure drop..so keputusan nk balik bpantang kat Penang aq amik pdhal aku sedih giler nak tinggal parent n family..

bkn senang weh nk spend masa lama kt kg..paling kurang pon weekend jaa klau time dh kerja..tu pon terkejar3 nk balik Penang! HaiZ! X pa..next week aq balik bkmpung kt hometown balik until raya haji! Yeayyh!

Ok..back to story! Semua benda aq handle sendiri. Lagipon dh kuat kan..cuma benda2 heavy aq x buat laa..mcm angkat kayu balak kaa! Ngeh3..

Hubby banyak tolong..basuh baju baby. Siapkan Nureen g school dari A to Z psl dia tau wife dia wake up setiap dua jam utk bf.

Pemakanan dalam pantang ni mmg aq pentingkan. Bkn sembarangan leh makan kan! Bab masal mmg aq masak sendiri. Takat nk wat sup sawi n grill ikan ja kan. X susah mana pon! Mak aq ms pantangkan kami dedulu lagi susah. Dgn x da elektrik..air nk kena angkut..tmbh lagi adik beradik yg gap dekat2 + nakal..
Bab makan ni aq suka! Makan ikan2 mahal weh! Kah kah..isi ikan merah yg sekilo pon rega antara $40, ikan bawal putih, ikan biji nangka..ayam aq x mkn psl ms nureen dulu aq gatal..so kali ni biarler x mkn walaupon ubat adaaa...
(Berselera tul aq mkn tau dlm pntang ni! Jgn buncit dh laa! :(

Bab jaga baby lak..mmg dari A to Z aku handle najlaa cuma tukar pampers ja kdg2 hubby tolong..Nureen aq suruh cuci berak adik pon mmg dia taknak. Pembersih mcm aq juga haa.. Org utara ckp 'pancing'!
Mandikan baby mmg aq handle sejak najlaa kat kg ritu. Sama ler ngan nureen dulu. Mak aq x berani pegang..hubby pon sama.. Tak pandai katanya n risau psl bb kecik siut! Aku tawakkal ja psl anak sendiri kan..nak tak nak mmg kena handle!

Time mandikan baby aq mandiknnya waktu Dhuha. Bagus time2 Dhuha tu mandikan baby..selalunya antara pkul 10-11.00 laa..awal sgt x bagus lak psl paru2 baby lemah lg..aku gunakan showel gel yg KMC bg tu jer. Yg kat pasaran tu x berani guna lagi psl skin baby kan lembut giloss!

Perghh pnjang giler aq kongsi haa..smbil menaip bb Najlaa tgh bf..now dh lena dipangkuan. Leh la aku buat benda2 lain la..

Till then peep, nanti aq kongsi2 lg pengalaman2 nih! Thanks fpr drop by yaa!

My heart! Nanti aq kongsi pict Najlaa yg aku gatai2 shoot smlm..:) abaikn gmbr yg byk siut kt dslr tu! Aq tau x elok sustained byk pict kt memory kad..:p

~ mcm2 pengalaman dlm pntang ni kn..bila dh anak dua ni feel tu keterujaan tu lain..tak tau nk describe camna yg pentingnya mmg syukur n Alhamdulillah..now on routine pon changed! Think about pampers..milk..n bla2...



Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday | Selambak dan seksi!


Gambar pg td ms bb tgh berperang nk bermain pdhal mata dh stim giler nk tido! Gelak bdekah2 aq psl selambaknya pp kuih pau! Ni baru 28 hari..tgh imagine betapa selambaknya nanti! :p
(Gambar terpaksa di black n white kan psl klau real pict mmg selambak giloss!:p)



Tuesday, September 17, 2013

Snapshoot | Gambar2 Najlaa Nasuha


Most of pics aq da shared dkt facebook n instagram. Sana lebih cpt update kannn! :p


Lama x pegang dslr..seyess mmg mls sgt nk snap2 guna gadget tu..nnt la klsu rajin..semua picts kt atas ni is using mobile jer! >_<





Friday, September 13, 2013

Daiso | meroyan shopping kat sini pasal...

Satu barang lima hengget..satu barang lima hengget ok!

Byk blogger suka g sini psl brg2 dier cute miut jer..aku pon suka psl byk benda leh dptkn kat sini..dari segi kotak penyimpanan brg..basket2 comey..alat tulis..board utk Nureen n pelbagai...

Recently ms baru smpai Penang ni aku suruh hubby terjah lg psl aku suruh dia beli kotak utk aku letak pampers n accessories baby..so tak ler rs semak! Aku x ikut la psl dlm pntang..so jgn hrp ko dpt keluar umah G utk jenjalan selagi x cukup tempoh bpntang..:p

Masa preggy aku terkedek2 terjah n mau $50 lebih kot aku spend psl mcm2 benda comel aku bkenan.. Tu ar gegurl kan! Sure TERbeli...

Daiso yg we all pergi ni dkt Queensbay Mall, Penang. Lokasi dier terletak side Maybank sana. But level aku lupa..mmg di hujung skali outlet dier! Dkt Gurney Plaza pon ada..Old wing and satu kevel dgn Mothercare.. 

See..semua lima hengget jer x kira brg tu besar or kecik.. For those item yg x label la mmg $5. Klau yg ada price tag tu sometime more than $5. Tp overall brg dier mmg cung!

See..ni box yg aq beli utk letak pampers baby. So x berhabuk laa. Actually box tu utk storage kasut but aq multi-purpose kan! Ader juga aq beli yg size kecik than this utk letak pad n alat tulis Nureen. Yg basket putih utk letak ubat2 n toilettrues bb pon aq beli kat Daiso ni..syok g sini weh!

Last but not least.. Ni pic aq n Nureen with bb in the womb..whiteboard, duster n marker tu pon beli kat Daiso gak!

~ Daiso ni jual brg2 from Japan.. Mmg worth membeli..





Tuesday, September 10, 2013

DEKORASI | Shopping lampu di IKEA


Aq ni x tau nk story apa..klau asyik post psl bb jer, karang org jemu lak..mcm aq sorang jer yg ada baby erk? :p

Jauh bebenor aq shopping lampu haa! Ko ader? :p

Nak mencari table lamp yg ala2 romantik mcm kt hotel tu haa... Table lamp lama aq yg ada dim tu rosak n now since ader bb ni haruslah psg lmpu memalam..ate ai  joint team kelawar utk jaga mlm..so kena ler guna lampu utk penglihatan...

Uols ni..cepat2 jer haa klik bila aq post title da vouge nih! Pntang woo sebut ikea..cfm lajus2 klik nk tgk beli lmpu apa laa si G nih! Aku pon pntang gk klau org buat entri yg da sangkut IKEA nih! Mak teruja ko! Dpt tgk brgan yg org beli pon jd lah pdhal hati tu tgedik2 nk pergi! Haizz!

Ni table lamp yg aq beli..after 50% disc dpt $93. Mls nk survey kt kedai lain dh haa!

Ni haa bila dh siap cuba try test! Sempoi laa side table ko G! Sila jgn percaya yer! Ni testing jer..keseluruhan bilik aq mmg semak giler! Nangis!

Aq close up sket..ader tali yg leh on n off kan lampu..cover shade yg di wrap dgn plastik tu temporary mak x bukak lg..ate syg kot2 kena habuk! Kahhh kahhh..:p

Ko ni kan G..plan nk beli table lamp jer tp dh terbeli brg lain! Ko tau la kan nafsu shopping gegurl nih mmg...smbung sendiri ler ayatnya! Down light kt umah aq tu asyik blur jer! Regret aq psh down light yg da cover tu! Br ja psg bulbnyer, cepatan sgt 'pop' kegelapan! So kali ini salesman tu bjaya merasuk aq utk beli LED bulb yg save energy n x keluarkan haba nih! Psg semalaman pon x pns!

See mak close up sket! Kali ni aq amik yg 7watt n kaler putih lak instead of orangee cam bulb lama tu..umah aq pon dh mcm demam kuning dh haa! Rega bulb ni Myr 26.00. Nanti aq psg..opss laki aq psg aq share yer! Tu pon klau aq x lupa laa..:p

Korang jgn percaya haa kater aq g Ikea..aq g Mikea jer..janji ada wording Ikea kt blkg tu jugak kannnn! :p

Perghh..meroyan tgk lampu2 semua nih! Nsib baik umah aq bknnya under renovation..idak cfm hbis duit melabue kt sini..haizz!

Lokasi Mikea nie dkt Jalan Perak, Penang. Dkt dgn Hope Children hospital jer.. G ler terjah psl ada sale 50%. Aq nk g terjah KA lighting/ Metrolux dkt Jln Dato' Keramat tu tp x sempat haa..:p



Tips dekorasi : seboleh2nya elakkan memasang downlight yg ader cover kerana ia memerangkap haba dan seterusnya membuatkan mentol tak tahan lama. Namun skrg dah ada teknologi canggih mentol mcm LED yg betul2 save penggunaan kuasa letrik n tidak mengeluarkan haba yg tinggi. (Seyes mmg x panas lngsung n salesman tu ckp klau ON smlman pon x kan pns - nanti aq cuba try test tgk yer!) So no worries utk psg downlight yg ader cover yg cung melecun mcm kt umah aq tu! Kahhh..:p







Monday, September 2, 2013

Baby | Finally nama saya Najlaa Nasuha

Assalamualaikum...

Pening beb nk decide nama yg terbaik utk anak...
Ko ingat senang ka nk pilih!..nak kena juga amik tahu makna yg ko nk pilih tu..

Setiap parent for sure nk namaksn anak dgn nama2 yg baik..bukannya mengikut trend terkini yg kebanyakkan nama di englishkan...

Aku klau boleh tu x nk la nm anak2 aq di englishkan...
Taknak nm depan bb sama mcm kakak dier..ada 'Nureen' kat dpn...
Nama 'Nureen' ni ler dulu ada kontroversi sket dgn sedara aq..
So biar anak aq sorang jer la bermula dgn 'Nureen'..:p

Masa aq preggy ritu x gatai2 pon search cr nama bb..cuma ritu aq suka nm Aisya..ms Nureen dulu pon aq suka dgn nm ni..tp in the end x guna pon..Nureen nk sgt nm adiknya Nureen Zahra Aisya ms aq preggy tu..tp aq x suka nm yg panjang sgt yob! So digugurkan dr pilihan hati...

Nak nmkan anak mesti ler persetujuan bersama dgn suami. Tapi suami ok jer..
Dia suggest nk nm kan bb Ameera Natasha mulanya..tp aq confius dgn makna Natasha tu..tgk kt Google makna kurang best..berasal dr Italy n no meaning dlm Arab..ni aq google laa..ate last minutes mencari nm bb! Haizz!

At last aq dan suami n Nureen sehati sejiwa namakan puteri aq ni Najlaa Nasuha.. Yang jelita, yang cantik mata, yang luhur, yg ikhlas dan bersih...
Umi doakan anak umi kelak menjadi anak yg solehah dan baik...

Semua pictures Najlaa aq snap guna ai pong jaa..Dslr mmg terlupass nk angkut ms nk balik ritu..tggu hubby bw bliknnt n aq plan nk abadikn gmbr dier juga mcm gmbr her sister...

Last but not least..Love u baby!

~ nama menggambarkan peribadi. Betui ker erk?